Tawaran White Day menanti anda!

Di Jepun, kebiasaanya pada Hari Valentine, kaum wanita akan memberi hadiah kepada pasangan masing-masing sebagai suatu ungkapan cinta dan kasih sayang, White Day ini pula adalah Hari Jawapan ataupun ‘Answer Day’ kepada Hari Valentine tersebut oleh pihak lelaki. Berbeza dengan Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun, White Day pula memberi perhatian kepada pasangan masing-masing dengan hadiah-hadiah yang memberi simbolik suci dan setia, iaitu warna putih sebagai tanda cinta yang dibalas. Secara tradisionalnya, hadiah yang diberikan ketika hari tersebut ialah seperti biskut, barang kemas, coklat putih, pakaian dalam warna putih. 

Hari White Day ini menjadi sambutan yang ditunggu-tunggu para wanita setiap tahun, bukan sahaja untuk ungkapan cinta dari pasangan masing-masing tetapi juga mengeratkan lagi hubungan dengan kegembiraan dalam hubungan. Sempena White Day, pelbagai tawaran yang diberikan untuk penjimatan berganda jika digandingkan dengan penghantaran antarabangsa BuyandShip. Walaupun kami tidak mengsyorkan makanan kerana mungkin ada bahan atau cara pembuatan yang diragui ataupun tidak dijamin halal, kami sudah membuat senarai khas hadiah dari laman-laman berbeza untuk menyenangkan pembelian anda!

 

Amazon Jepun

Direka untuk mencerahkan, melegakan dan menganjalkan kulit, bebola platinum ReFa dibuat dari teknologi mikroarus yang seakan-akan getaran elektrik bukan sahaja pada permukaan, tetapi juga ke dalam kulitmu. Ini dapat mengurangkan garis-garis halus dan menambah keanjalan kulit dengan hasil yang semulajadi. Sempena White Day, anda boleh mendapatkan pada harga yang jauh lebih murah, bukan ReFa Sahaja banyak lagi barang dari pelbagai kategori yang boleh anda dapatkan dari Amazon Jepun!

 

 

 

Rakuten

Adakah kekasih anda seorang yang mempunyai taman dalam hati? Anda boleh menyempurnakan taman itu dengan bunga yang boleh didapati dari Rakuten. Bunga ini adalah dalam bekas, sama seperti dalam filem Beauty and The Beast dan ia juga boleh bertukar warna mengikut suhu semasa! Bunga ini sama seperti kasih sayang anda, tidak akan mati. Jadi jangan risau, hehe! Layari laman Rakuten untuk mendapatkan lebih banyak pilihan untuk White Day.

 

 

 

 

Lohaco

Omron Cushion Massager J Pink HM-341-PK hadiah yang amat sesuai untuk pasangan yang selalu sahaja bekerja. Tidak kira sama ada di pejabat ataupun di rumah, pasti badannya sering kejang dan lenguh. Omron Cushion Massager ini mempunyai sifat pemanas untuk keselesaan bahagian badan sambil diurut oleh cushion massager ini. Layari laman Lohaco untuk mendapatkan pelbagai lagi tawaran hebat!

 

 

 

 

 

Fujinghao

Dapatkan beg sandang ini dari Fujinghao yang mengeluarkan hanya 50 buah sempena White Day! Beg sandang ini sesuai untuk pengunaan seharian mahupun untuk hari-hari istimewa. Perincian tampak lebih anggun dan feminin dengan apa juga padanan peragaan. Dapatkan ia untuk pasangan anda sementara stok masih ada. Walaupun ia mungkin sudah kehabisan stok, anda jangan risau kerana di Fujinghao, banyak lagi yang menanti anda!

 

 

 

 

 

Yodobashi

EOS Kiss X9 mendalami konsep asas kanta kamera yang boleh diubah dan tukar, siri EOS – “Pantas, selesa dan gambaran bermutu tinggi. Ia sesuai untuk dibawa kemana sahaja kerana bukan sahaja kualiti gambar yang tidak mengecewakan, tetapi juga ringan untuk pengunaan seharian. Dapatkan kamera ini dari laman Yodobashi Jepun! Jika anda tidak begitu berminat untuk menghadiahkan kamera, banyak lagi yang boleh didapatkan dari Yodobashi seperti jam tangan, barang kemas dan macam-macam lagi sempena White Day!

 

 

 

 

 

Omni7

Wanita mana yang matanya bersinar-sinar apabila melihat barang kemas? Tidak kira peragaan dan padanan yang anda pilih, sama ada untuk ke pejabat, sambutan istimewa,  majlis perkahwinan ataupun date night, mutiara adalah barang kemas yang paling sesuai untuk kesemua aktiviti ataupun majlis rasmi. Omni7 menawarkan pelbagai pilihan untuk barang kemas terutamanya koleksi rekaan mutiara yang melambangkan kesucian. Sempena White Day, banyak lagi tawaran yang diberikan di Omni7 untuk penjimatan berganda!