Hello Australia: Edisi Wanita!

Peminat BuyandShip, kami mempunyai berita gembira untuk anda! Kini kami mempunyai penambahan cawangan gudang luar negara dalam keluarga BuyandShip. Clue ; ‘Land Down Under’

Dan untuk menyambut berita gembira ini, kami menyediakan senarai laman kegemaran kami dari Australia sehingga hari pelancaran. Kami akan memulakan dengan Peragaan Wanita! Kami berharap senarai yang disediakan dapat membantu anda untuk ‘warm-up’ sementara menunggu hari pelancaran kami.

Supré

Supre adalah jenama fesyen dan peragaan dari Australia yang sentiasa ’empower’ perempuan dalam setiap keluarannya. Bukan sahaja Supre mempunyai rangkaian koleksi peragaan untuk semua saiz dan bentuk badan, tetapi juga menggunakan platform yang mereka ada untuk kempen-kempen bertumpukan kehebatan wanita seperti The Power Project dan The Supre Foundation. Sesuai dengan motto mereka “We believe in the power of girls” yang bermaksud kami percaya dengan kuasa perempuan. Bak kata Beyonce – “Who run the world? Girls!”

The Birdcage Boutique

Telah ditubuhkan pada tahun 2005, hampir 15 tahun dalam industri dan tidak pernah mengecewakan. Birdcage Boutique mendukung jenama-jenama mewah dari Australia untuk memberikan hanya yang terbaik kepada pembeli antarabangsa. Misi mereka adalah untuk membuat semua pembeli dari seluruh negara bersatu dan menikmati trend-trend semasa dengan pembelian yang mudah.

Witchery

Jenama Witchery dari Australia ini mengeluarkan rekaan-rekaan yang selaras dengan imejnya. Rekaan-rekaan yang lebih sofistikated dan feminin untuk rangkaian koleksi peragaan, kasut dan juga aksesori untuk menyempurnakan peragaan harian anda. Witchery menawarkan pelbagai koleksi peragaan untuk kesesuaian acara Si Wanita. Bukan itu sahaja, Witchery juga akan mengadakan kempen 10th annual White Shirt pada hari yang sama dengan pelancaran gudang Australia BuyandShip. Jika anda berminat untuk membuat pembelian sambil menyokong dan menyumbang kepada kanser ovari, inilah peluang anda!