Perbandingan Harga – Pencinta Alam

Aktiviti-aktiviti outdoor bukan sahaja bagus untuk mengekalkan kesihatan yang optimum, tetapi juga peluang yang ideal untuk dapatkan sumber Vitamin D dan untuk merehatkan minda anda daripada stress di hari kerja. Berkhemah di tempat-tempat yang sunyi dan penuh dengan keindahan alam dapat memberi ketenangan yang tidak ternilai, ataupun mendaki ke gunung-gunung untuk menikmati detik-detik indah alam seperti waktu matahari terbenam ataupun terbit. Apa jua tujuan anda melakukan aktiviti outdoor, kami pasti anda memerlukan perlengkapan yang bagus untuk memastikan keselesaan pengalaman anda!

Tip: Untuk penjimatan berganda, gunakan alamat terdekat BuyandShip untuk pembelian dari laman UK, USA, Jepun, Korea, Hong Kong dan China.

** Jumlah “Dengan BuyandShip Malaysia” tertera adalah penganggaran harga dalam  mata wang Malaysia dan termasuk caj penghantaran ke Malaysia  menggunakan BuyandShip Malaysia.

Brooks Women’s Ravenna 10

Tanpa kasut larian yang sesuai, ia dapat dirasa dari ketidakselesaan pada kaki anda. Dapatkan kasut wanita dari Brooks yang direka khas untuk menjaga keselesaan bukan sahaja kaki malahan penjagaan lutut anda semasa melakukan aktiviti. Kasut ini menjanjikan keselesaan yang optimum, memberi sokongan yang diperlukan dan juga reka bentuk yang kukuh untuk pemakaian yang lama dan lasak.

 

 

 

Jam Tangan Garmin Forerunner 35 GPS  (Black)

Sesuai untuk larian harian anda dan juga untuk aktiviti lasak. Jam tangan Garmin Forerunner 35 ini adalah slim dan ringan untuk si pemakai. Ia boleh disambungkan kepada alat peranti anda dan juga memberi notifikasi jika anda mendapat emel, mesej mahupun dari sosial media anda. Jadi anda tetap boleh menikmati ‘best of both worlds’.

 

 

 

 

Aftershokz Trekz Air Wireless Bone Conducting Headphones

Muzik adalah antara sumber ketenangan untuk anda buat apa jua masa tetapi ia mungkin juga menjadi gangguan untuk anda menikmati keindahan sekeliling anda. Jangan risau, dengan Aftershokz Trekz Air membenarkan anda melayan lagu kegemaran anda tanpa mengkompromi keindahan sekeliling anda.

 

 

 

 

Beg Sandang Fjallraven Kaipak 38 

Membekal keperluan untuk pengembaraan anda memerlukan sedikit perancangan. Bawa sekali bag sandang yang bukan sahaja segak, tetapi juga kukuh untuk kegunaan yang lasak. Bukan itu sahaja, beg sandang ini juga mempunyai fungsi untuk penyimpanan bekalan air supaya anda tidak kehausan semasa perjalan anda.

 

 

 

 

 

Hennessy Hammock Expedition Asym Zip Hammock

Berkhemah tidak bermaksud anda harus mengheret perlengkapan khemah yang berat ataupun bersusah payah memasangnya. All-purpose Henessy Hammock ideal untuk backpacker, perkehamahan bersama keluarga dan ekspedisi. Model ini mempunyai ruangan masuk di tepi dan heavy-duty YKK zip. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai bahagian yang diperbuat dari material fabrik mesh yang terbuka dan elastik untuk anda nikmati pemandangan langit malam yang begitu mengagumkan.