Perbandingan Harga – Si Pengembara


Pasti anda ingin melihat dunia tetapi risau dengan perlengkapan yang diperlukan dan keselesaan yang optimum. Walaupun anda tidak dibenarkan membawa katil tidur ataupun satu rumah, pastikan senarai keperluan anda padat dan efisyen. Kami sudah menyediakan senarai keperluan untuk membekalkan anda dengan hanya yang terbaik dari pasaran.

Tip: Untuk penjimatan berganda, gunakan alamat terdekat BuyandShip untuk pembelian dari laman UK, USA, Jepun, Korea, Hong Kong dan China.

** Jumlah “Dengan BuyandShip Malaysia” tertera adalah penganggaran harga dalam  mata wang Malaysia dan termasuk caj penghantaran ke Malaysia  menggunakan BuyandShip Malaysia.

 

Victorinox Passport Holder with RFID Protection

Pastikan pasport, kad identiti, kad kredit dan dokumen diperlukan ditempatkan pada satu tempat yang rapi dan selamat. Victorinox pasport holder ini mempunyai teknologi yang advance kerana mempunyai perlindungan RFID untuk memastikan data dan informasi peribadi anda tidak dicuri. Jadi anda boleh cuci mata di negara asing dengan tenang.

 

 

 

Tumi Alpha 3 Double Expansion Travel Satchel

Beg jinjing ini direka khas untuk  individu yang gemar melancong. Dengan kedalaman sebanyak 13 inci, ia dapat menampung lebih banyak keperluan anda untuk percutian anda tanpa memerlukan jumlah beg yang banyak. Beg ini direka dengan perincian yang teliti untuk menjanjikan ketahanan yang lama.

 

 

 

PacSafe Vibe 25 Anti-Theft Backpack (Grey Camo)

Luas dan sporty, Beg sandang PacSafe Vibe 25 Anti-Theft ini adalah ‘must-have’ untuk yang gemar menerokai kota-kota yang ternama di seluruh dunia. Beg ini mempunyai tali yang boleh diubah mengikut keselesaan anda sepanjang masa perjalanan. Nikmati pengalaman di negara orang tanpa kerisauan.

 

 

 

Burberry Medium Rucksack Logo Print Nylon Backpack

Jika anda suka bergaya semasa melancong tetapi masih mahukan yang praktikal, dapatkan Burberry rucksack! Walaupun ia cantik untuk padanan harian anda tetapi ia juga praktikal untuk memastikan semua perlengkapan anda boleh dibawa dalam satu beg sahaja.

 

 

 

Bose QuietComfort 35 Wireless Headphones II

Ganjarkan diri anda dengan muzik sepanjang pengembaraan anda ini. BOSE Quietcomfort 35 Wireless headphones direka untuk memastikan tiada bunyi bising akan mengganggu ketenangan anda mendengar lagu-lagu kegemaran anda.