Perbandingan Harga – Penggemar Aksesori

Lengkapi OOTD anda dengan aksesori yang sesuai, apa jua jenis aksesori – Rantai, anting-anting, mahupun kaca mata hitam. Padanan yang sesuai boleh menonjolkan personaliti anda dengan lebih sempurna melalui peragaan anda.

Tip: Untuk penjimatan berganda, gunakan alamat terdekat BuyandShip untuk pembelian dari laman UK, USA, Jepun, Korea, Hong Kong dan China.

** Jumlah “Dengan BuyandShip Malaysia” tertera adalah penganggaran harga dalam  mata wang Malaysia dan termasuk caj penghantaran ke Malaysia  menggunakan BuyandShip Malaysia.

Thomas Sabo Dragonfly 18K Yellow Gold Plating Earring

Dalami kecantikan anting-anting buatan tangan dari jenama Thomas Sabo. Anting-anting ini diberi perincian yang lebih unik dengan padanan butiran yang berbeza tetapi tetap memukau dengan rona warna yang berbeza dan feminin. Butiran pepatung ini melambangkan kecantikan dan keunikan sama seperti serangga berikut.

 

 

 

 

Marc Jacobs Classic Sport 36mm

Selain dari pelengkap peragaan, jam tangan juga tetap menjadi ‘in style’. Jam tangan sporty dari Marc Jacobs diberikan nafas baru dengan pengubahan yang lebih moden dan diperbuat dari silikon. Rekaan jam ini diberikan jarum yang lebih tebal dan besar untuk memberi impak yang lebih ketara.

 

 

 

 

Orelia London Crystal and Suede Choker

Berikan titik statement yang lebih dramatik dengan choker dari Orelia London. Rantai choker ini diberikan perincian mewah seperti suede dan kristal untuk dipadankan pada peragaan yang lebih mewah ataupun boleh diragakan dengan peragaan yang simple seperti jeans dan t-shirt.

 

 

 

 

Olivia Burton Embroidered Dial Grey Silver & London Grey Watch

Untuk sentuhan feminin, kebanyakan rekaan Olivia Burton pasti akan membuat anda rambang mata. Raikan kecantikan kraftangan artisanal pada koleksi ‘Embroided Dial’. Model ini terutamanya mempunyai sulaman ataupun perincian yang feminin tetapi tetap neutral. Walaupun rona warnanya bukan putih ataupun merah jambu, tetapi rona warna kelabu yang lembut ini memberikan ‘feel’ feminin juga.

Quay Australia Sahara Sunglasses

Rancang percutian anda dengan kaca mata hitam Sahara dari Quay Australia. Berikan perjalanan anda lebih gaya tanpa mengorbankan perlindungan mata yang optimum. Model ini diberikan nama Sahara kerana perincian dan rona warna bak padang pasir!