Under Armour – Tawaran hebat!

Under Armour ditubuhkan pada 1996 apabila pengasasnya Kevin Plank, seorang pelajar dan atlet sukan rugby dari University of Maryland, memupuk inovasi dengan mereka pakaian yang selesa dan mendatangkan faedah yang banyak untuk si atlet. Pakaian pertama yang direka adalah t-shirt, memberi fokus kepada keselesaan pemakai dan material dinamik yang dapat meningkatkan prestasi anda.

Walaupun di Malaysia ada Under Armour, tawaran yang diberikan untuk peragaan dan aksesori di laman Outlet Under Armour US amat berbeza dengan di Malaysia. Jadi jangan lepaskan peluang ini, dapatkan penjimatan yang lebih lagi dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran antarabangsa Buyandship Malaysia.