Revolution x Jake – Jamie

Makeup Revolution adalah jenama solek dari UK yang sentiasa mengeluarkan produk-produk solek yang bermutu tinggi pada harga yang berpatutan untuk memastikan semua dapat merasa solekkan yang terbaik tanpa berkoyak poket.

Kini Revolution membuat kolaborasi dengan beauty guru kegemaran anda dari UK – Jake Jamie untuk rangkaian koleksi penjagaan kulit. Jake Jamie dikenali dengan kulit yang begitu mulus dan sihat dari mempraktikan rutin penjagaan kulit yang efektif. Dengan itu, produk-produk kolaborasi ini juga diberi perincian yang boleh membaiki kulit anda untuk kelihatan mulus dan sihat. Mask muka dari Revolution x Jake – Jamie ini mempunyai tiga jenis dengan fungsi-fungsi yang berbeza untuk kulit kering, kusam dan juga kasar. Dapatkan ia terus dari Revolution dan gunakan alamat gudang BuyandShip untuk mendapatkan penjimatan caj penghantaran antarabangsa!