Raya Bergaya: Urban Modesty

Fesyen muslimah tidak bergitu pesat berkembang, namun begitu, jenama dari Amerika Syarikat Urban Modesty ingin mengubah perkembangan itu dengan memastikan fesyen muslimah menerajui ke persada dunia. Tidak lagi muslimah meragakan peragaan yang tidak berjenama ataupun tidak setara dengan trend-trend semasa, kini muslimah boleh bergaya dengan peragaan trendi dan tetap menutup aurat. – Best of both worlds!

Kami telah menyediakan top picks untuk pilihan kegemaran BuyandShip dari Urban Modesty, keperluan kepada koleksi peragaan anda. Laman ini sedang menawarkan potongan harga sebanyak 40%-70% sempena menyambut bulan suci Ramadan. Anda juga boleh mendapatkan 15% off dengan promo kod “ramadan15” atau  20% off dengan pembelian melebihi USD $125 dengan promo kod “ramadan20”.

Penghantaran dalam negeri (Amerika Syarikat) adalah percuma dengan pembelian melebihi USD $99! Ambil peluang ini untuk mendapatkan penghantaran dalam negeri percuma dan penjimatan penghantaran antarabangsa dengan BuyandShip! Senang sahaja, guna alamat gudang Amerika Syarikat BuyandShip untuk menikmati caj penghantaran serendah RM18/Lb untuk sampai ke rumah anda!


1. Off-White Belle Sleeve Lace Gown | USD $77.97

Gaun lengan belle ini mempunyai sulaman bungaan lace yang telah disempurnakan dengan perincian di bahagian pinggang untuk kelihatan lebih feminin dan kemas. Terima kasih kepada rona warna yang lebih neutral membuat ia senang untuk dipadankan dengan apa jua warna yang lain.

 

2. Grey Floral Chiffon Cardigan | USD $27.32

Contoh peragaan ‘must-have’ kerana sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis peragaan yang lain. Diperbuat dari fabrik chiffon membuat ia sejuk untuk pemakaian sepanjang hari. Padankan ia dengan seluar jean mahupun skirt untuk menonjolkan ‘Mood’ anda. Perincian sulaman bunga pada fabrik membuat ia lebih feminin dan lengan yang direka seperti kimono menambah keselesaan anda.

 

3. Tan Embroidered Maxi Cardigan | USD $41.64

Rona warna neutral membolehkan anda memadankannya dengan pelbagai jenis peragaan seperti maxi cardigan yang akan kelihatan cantik dan anggun. Urban Modesty telah memadan Tan Embroided Maxi Cardigan ini dengan hijab bewarna hijau gelap untuk menampakkan kontras.