Raya Bergaya : Ralph Lauren

Kaum keluarga mengambil peluang yang ideal ini untuk menonjolkan sifat kesatuan antara keluarga. Sejuk mata memandang apabila semuanya berpakaian dalam tona warna yang sama dari yang dewasa hingga ke generasi ketiga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri!

Ambil cara yang berbeza sedikit untuk anak-anak anda sempena raya Aidilfitri tahun ini bersama Ralph Lauren. Jenama ini memastikan keselesaan optimum sepanjang hari untuk koleksi peragaan mahupun aksesori kanak-kanak. Mereka pasti mengambil spotlight apabila ke open house-open house untuk hari raya nanti!

Kami sudah menyediakan senarai Top Picks untuk Si Kecil sempena Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Untuk penjimatan, gunakan alamat gudang BuyandShip! 


1. Captain Bear Cotton Mesh Polo | USD $59.50

Polo tee klasik dari Ralph Lauren mencirikan maskot ikonik dengan bintang dan bulan yang bergelipan di pantai.

2. Hampton Straight Stretch Jean | USD $35

Diinspirasikan dari Hampton Jean lelaki, seluar ini pudar menggabungkan siluet klasik yang lurus dengan fabrik fleksibel untuk keselesaan – sesuai untuk Si Kecil yang aktif.

3. Telly Leather Penny Loafer | USD $85

Kasut loafers bukan sahaja untuk orang dewasa, ia juga sesuai untuk kanak-kanak! Padankan sepasang kasut loafers dengan blazer ataupun peragaan kasual Si Kecil. Ia bukan sahaja bergaya, malahan selesa untuk pemakaian sepanjang hari.

4. Striped Roll-Top Sock (3-pack) | USD $15

Pemakaian stoking bersama kasut akan memastikan keselesaan sepanjang hari. Dapatkan set dari jenama ini – Ia mencirikan pergelangan yang berlipat dan rona warna ceria, sesuai dengan personaliti Si comel.

5. Belted Cotton Chino Shirtdress | USD $55

Dengan siluet klasik dan tali pinggang yang padan, gaun chino ini adalah pilihan yang menarik bagi Si Puteri dan juga bergambar bersama keluarga. Warna-warnanya juga membolehkan Si Kecil anda berpakaian dengan aksesori kesukaannya.

6. Sublimation Stretch Legging | USD $45

Seluar yang diberi perincian pelayaran sebagai simbol pengembaraan kehidupan Si Kecil. Seluar legging yang selesa ini boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju.

7. Chambray Top & Legging Set | USD $34.99

Untuk sesiapa yang inginkan kesenangan, set ini sesuai untuk ada. Tidak perlu lagi pening-pening dengan apa yang patut dipadankan kerana semuanya sudah sedia ada. Rekaan floral yang comel ini pasti akan mewarnai hidup Si Kecil.