Raya Bergaya : Chuu Korea

Malaysia adalah negara yang mempunyai muafakat antara kaum. Tertubuhnya Malaysia dengan kepelbagaian tradisi dan budaya yang membuatkan perpaduan yang sedia ada. Oleh itu, pada setiap sambutan tidak kira dari apa jua budaya atau agama pasti kita raikan bersama. Walaupun begitu, kita sentiasa harus tahu ‘dress code’ untuk menunjukkan tanda hormat pada agama ataupun budaya tersebut. Untuk yang bukan Islam, anda boleh dapatkan peragaan dari Chuu Korea untuk undangan Raya open house yang akan datang!

Untuk K-fans pasti sudah biasa mendengar jenama Chuu Korea. Jenama yang mendukung pelbagai rekaan-rekaan yang mengikut perubahan fesyen seperti yang dapat dilihat dalam K-drama dan juga majalah-majalah dari Korea. Jika anda mencari inspirasi untuk peragaan, jenama ini sesuai untuk anda!

Chuu Korea menawarkan penghantaran dalam negeri percuma dengan pembelian KRW 70,000! Jadi, ambil peluang ini dan gunakan alamat gudang BuyandShip untuk menikmati penghantaran antarabangsa pada harga yang berpatutan. 


1. Shine Bright Blouse | KRW 49,800

Rekaan klasik yang boleh dipadakan dengan skirt panjang mahupun seluar jeans, Blaus Chuu Shine Bright ini pasti akan membuat anda bersinar bak bintang.

2. Spring Pastel Pleated Skirt | KRW 49,800

Siapa tidak minat maxi skirt? Ia perkara yang pasti. Sempurnakan peragaan anda dengan skirt maxi feminin ini tanpa menghadkan diri anda dari pergerakan.

3. Hair Clips With Pearl Details | KRW 6,800

Klip rambut amat hangat di pasaran, selepas diragakan oleh Kendal Jenner. Dapatkan klip rambut dari Chuu yang diberi perincian mutiara dan keemasan untuk memberi nafas yang mewah.

4. Small Happiness Clutch And Shoulder Bag | KRW 44,800

Chuu memberikan anda kebahagiaan dengan beg 2-in-1 ini. Beg kecil ini boleh diubah menjadi beg silang dan juga jinjing, mengikut mood anda. Sesuai untuk apa jua acara anda!

5. Delicate Strap 9cm Heel Sandals | KRW 33,800

Kasut tumit tinggi yang bertali sekarang sudah kembali trendi! Dapatkan kasut tumit tinggi bertali ini dari Chuu untuk melengkapi peragaan sambutan Hari Raya anda.

6. Beige Chuu x Fanfan Duck Lip Tint Kit | KRW 48,000

Pasti ada hari-hari yang anda malas nak solek beria-ria tetapi anda masih mahu kelihatan kemas dan ‘sedap mata memandang’. Lip tint adalah jawapan anda! Dapatkan Beige chuu x Fanfan Duck Lip Tint Kit untuk mengembalikan kesegaran kepada wajah anda.

7. Everyday Flat | KRW 26,000

Jika kasut tumit tinggi tidak mencubit minat anda, Anda juga boleh mendapatkan kasut flats dari Chuu. Terdapat banyak pilihan warna untuk anda pilih yang sesuai dengan personaliti anda. Mari kita rambang mata bersama!