Ralph Lauren Home – SALE!

Ralph Lauren adalah jenama dari Amerika Syarikat yang telah menakluki pelbagai pasaran dunia, tidak kira untuk fesyen dan peragaan mahupun untuk perlengkapan rumah. Ia telah menjadi fenomena yang telah menambat hati orang ramai sejak tahun 1967 sehingga sekarang. Ramai yang akan menjelajah ke seberang dunia untuk mendapatkan koleksi-koleksi edisi terhad dari jenama ini.

Sememangnya ia satu kepastian untuk memiliki jenama ini sebagai satu pelaburan buat jangka masa yang panjang kerana keluaran kualiti Ralph Lauren menjanjikan ketahanan yang sangat lama, jadi anda tidak perlu membelinya lagi. Untuk raya tahun ini, lengkapi rumah anda dengan keselesaan selimut Ralph Lauren, kelembutan tuala pada kulit kita dan juga deco rumah yang boleh mengubah ‘game’ raya anda tahun ini. Walaupun rumah anda akan lebih ceria dengan barangan tersebut, tetapi akaun bank anda juga tetap akan tersenyum kerana Ralph Lauren menawarkan potongan harga yang menarik untuk anda nikmati! Gunakan sahaja alamat gudang USA BuyandShip untuk menikmati caj penghantaran antarabangsa serendah RM18/Lb!