Top 5 Pick BuyandShip: Kasut dari Century 21

Dengan era globalisasi ini, kita terdedah kepada pelbagai kemajuan teknologi yang juga termasuk pembelian online yang kini semakin rancak dan dipercayai. E-commerce semakin melonjak dan juga lebih mudah dan cepat berbanding cara pembelian yang tradisional. Antara platform pembelian yang telah juga mengikut arus kemajuan teknologi adalah Century 21.

Century 21 adalah platform pembelian dari Manhattan, Amerika Syarikat yang memastikan anda mendapat pengalaman pembelian online yang mudah, selamat dan cepat. Semuanya di ujung jari anda sahaja. Antara jenama-jenama yang didukung platform pembelian ini adalah seperti Steve Madden, Cole Haan, Nine West dan banyak lagi!

Kami telah menyediakan senarai top picks kasut dari Century 21 untuk anda nikmati! Untuk penjimatan berganda, guna alamat gudang Amerika Syarikat BuyandShip untuk menikmati penghantaran antarabangsa serendah RM18/Lb.

Boardwalk Refined Tall Rain Boots

Cuaca di Malaysia tidak tentu dan apabila turunnya hujan pasti basah kuyup kasut kita. Pakai sahaja boot getah ini untuk memastikan semuanya selesa dan selamat sepanjang masa.

TABITHA SIMMONS Metallic Lassie Leather Slide Sandals

Warna keemasan adalah antara tona warna yang penting untuk anda miliki. Ia boleh dipadankan dengan pelbagai peragaan seharian anda.

Light Grey Great Knit Slip-On Shoes

Dapatkan kasut slip on yang mudah untuk dipakai dan juga amat selesa. Kasut ini sesuai untuk pemakaian seharian yang merangkumi aktiviti berjalan yang banyak.

KARL LAGERFELD Navy Knit Slip-On Sneakers

Jika anda berminat dengan kasut kelabu itu, pasti anda juga akan berminat dengan model ini dari Karl Lagerfeld. Selesa, mudah dan senang dipadankan dengan apa jua tona warna baju. Dari dress sehingga peragaan seluar jeans dan t-shirt, anda pasti akan kelihatan ranggi.

 

IGOR 

Kanak-kanak selalu lasak dan suka bermain lecak, ini mungkin menyebabkan kasutnya lebih cepat rosak. Dapatkan jellyshoes ini yang diperbuat dari getah supaya ia sesuai untuk anak-anak bermain dengan bebas tanpa menjejaskan kasutnya.