Buyandship Top Picks: Jenama Beg Wanita

Setiap pencinta beg akan bersetuju, sama seperti kasut, anda tidak boleh mempunyai terlalu banyak beg. Terdapat pelbagai jenis, saiz dan fungsi beg yang terdapat di pasaran, dari beg tangan ke beg sandang dan juga tidak dilupakan, beg galas yang anda tidak mahu melepaskan!

Kami di Buyandship bekerja keras untuk memastikan anda dapatkan yang terbaik dari kami. Kami sudah menyediakan senarai beg jenama dari Amerika Syarikat yang akan membuat anda tersenyum sepanjang hari. Untuk penjimatan berganda, gunakan alamat gudang Buyandship di Amerika Syarikat semasa “Checkout”. Penghantaran tempatan AS sering percuma, hantar barangan anda ke Malaysia dengan hanya RM18/lb.

Buyandship tidak bertanggungjawab untuk sebarang caj cukai atau duti. Walau bagaimanapun, kami akan menghubungi anda jika terdapat sebarang caj cukai atau duti.

1. Kate Spade

Dari kiri ke kanan: Rio Parrot Crossbody (~RM1,662) ; Nicola Twistlock Medium Shoulder Bag (~RM1,662); dan Molly Flock Party Large Tote (~RM953).

Kate Spade adalah jenama terkenal di kalangan pencinta beg. Jenama ini menghasilkan pelbagai reka bentuk unik dan ceria – sesuai untuk setiap jenis keperibadian! Ambil peluang ini dan beli beg Kate Spade anda dari laman webnya di Amerika Syarikat. Harga beg Kate Spade jauh lebih murah di Amerika Syarikat berbanding harga tempatan.

2. Michael Kors

Michael Kors adalah jenama mewah dari Amerika Syarikat yang setanding dengan Kate Spade. Walau bagaimanapun, imej dan reka bentuk yang dihasilkan oleh Michael Kors sangat berbeza. Reka bentuknya lebih matang dan ranggi berbanding dengan Kate Spade yang lebih feminin. Laman web Michael Kors secara automatik akan mengubah hala ke Malaysia. Ubah tetapan negara anda ke Amerika Syarikat untuk menikmati penjimatan hebat.

3. Tory Burch

Dari kiri ke kanan: Miller Straw Phone Cross-Body (~RM581); Fleming Convertible Shoulder Bag (~RM1,458); dan Perry PVC Oversized Tote (~RM1,788).

Apabila anda melihat beg berwarna oren terang atau logo TB emas yang berkilat, anda tahu ia adalah item dari jenama Tory Burch. Tory Burch adalah jenama terkemuka dari AS yang terkenal dengan reka bentuk bergayanya, terutama untuk beg tangan dan kasut! Dan sering kali, anda boleh dapatkan penjimatan harga untuk barangan dari jenama ini apabila anda membeli dari Amerika Syarikat.