Buyandship US Top Picks: Jenama Peragaan Kanak-kanak

Apabila memilih pakaian kanak-kanak, pilihan ibubapa semestinya sesuatu yang selesa dan tahan lama. Pembelian pakaian si kecil boleh menyakiti dompet anda, terutamanya memandangkan betapa cepatnya mereka membesar.

Dapatkan penjimatan berganda apabila anda membeli-belah dari jenama-jenama peragaan kanak-kanak dari Amerika Syarikat. Jenama-jenama ini bukan sahaja boleh dimampu milik, tetapi mereka juga bergaya, comel dan selesa! Berikut adalah pilihan kami untuk Buyandship US Top Picks: Jenama Peragaan Kanak-kanak. 

Jangan lupa gunakan alamat baharu gudang AS Buyandship untuk menikmati caj penghantaran antarabangsa yang berpatutan.

1. Carter’s

Dari kiri ke kanan: 3-Piece Little Short Set (~RM38) dan 2-Piece Polka Dot Bodysuit Pant Set (~RM46).

Carter’s adalah jenama dari AS yang mempunyai rangkaian rekaan untuk si kecil yang bermacam-macam personaliti. Carter’s sentiasa mengadakan tawaran harga dan mereka juga menawarkan penghantaran percuma tempatan percuma ke AS.

2. The Children’s Place

Dapatkan peragaan untuk Si Kecil dari The Children’s Place yang juga sering membuat tawaran-tawaran yang amat berbaloi! The Children’s Place, sama seperti Carter’s berasal dari Amerika Syarikat dan mengeluarkan peragaan dan perlengkapan kanak-kanak tanpa segan silu. Setiap produk keluaran mereka diberi perincian khas untuk memastikan Si Kecil sentiasa selesa dan ceria.

3. OshKoshB’gosh

Dari kiri ke kanan: Pineapple Button-Front Bodysuit (~RM50) dan Sparkle Floral Sunsuit (~RM99).

Siapa tidak kenal OshKosh B’gosh? Jenama dari AS ini adalah salah satu jenama yang sering dibeli oleh ibubapa di Malaysia. Walaupun Carter dan OshKoshB’gosh berkongsi platform yang sama, reka bentuk dan estetika mereka jauh berbeza.