Koleksi Jeffree Star Jawbreaker

Penggemar mekap mesti tahu siapakah Jeffree Star. Bagi mereka yang masih berjinak-jinak di dunia mekap, Jeffree Star ialah seorang selebriti internet dan YouTube Beauty Guru dari Amerika Syarikat yang memiliki jenama mekap kegemaran ramai. Antara produk popular dari Jeffree Star Cosmetics termasuk Velour Liquid Lipstick dan palet eyeshadow dalam pelbagai warna dan rona.

Baru-baru ini Jeffree Star Cosmetics telah mengeluarkan koleksi yang bertemakan musim panas. Koleksi Jawbreaker ini boleh didapati dari laman web Jeffree Star Cosmetics sekarang. Gunakan servis penghantaran antarabangsa Buyandship untuk membeli dan menghantar barangan mekap anda ke pintu depan anda. Caj servis kami memang berpatutan!