Langkah 1 min Untuk Mengelakkan Kehilangan Penghantaran Amazon Anda!

Amazon

Ada beribu kemungkinan yang akan menyebabkan penghantaran anda hilang semasa penghantaran, dan ada sebab yang mungkin agak luar biasa juga. Dengan menggunakan langkah 1 minit ini, anda akan dapat memastikan yang kurier penghantaran Amazon tidak akan meninggalkan bungkusan anda tanpa tandatangan penerima (staf kami), supaya penghantaran anda akan selamat sampai ke gudang kami.

Kami amat mencadangkan supaya anda mengikut langkah-langkah berikut yang akan membantu mengelakkan kehilangan bungkusan anda semasa penghantaran, hanya dengan mengingatkan Amazon dengan nota penghantaran yang pendek.

Langkah-langkah :

  1. Log masuk ke Amazon
  2. Pergi ke Your addresses (Alamat Anda)
  3. Di petak alamat Buyandship, klik pada Add delivery instructions (untuk menambah arahan penghantaran)
  4. Pilihkan Do we need additional instructions to find this address? (Adakah kami perlu maklumat lanjut untuk mencari alamat ini?)
  5. Salin dan tampal “Please do NOT leave the package if nobody is there to receive it.“, di petak tex.
  6. Klik Save instructions untuk menyimpan penukaran yang telah dibuat.

Sepintas lalu untuk langkah-langkah penting :

Langkah ke-3 :

Step3

Langkah ke-5 :

Step5

Langkah ke-6 :

Step6