Tip Membeli-belah Pada Black Friday 2019

Dalam sekelip mata, kita semakin hampir ke puncak acara epik untuk tahun ini. Rasanya seperti tidak lama dahulu kami teruja menunggu untuk jualan Thanksgiving, Black Friday dan Cyber ​​Monday tahun lepas!

Acara jualan tahun ini akan menjadi lebih epik! Dengan diskaun setinggi 80%, tidak hairanlah jualan Black Friday merupakan salah satu acara yang didambakan. Jualan Black Friday bukan hanya untuk kedai dan jenama dari Amerika Syarikat sahaja, malah kedai dari UK dan Jepun turut menyertai!

Jom ambil kesempatan pelbagai diskaun dan jualan dari kedai antarabangsa pada tempoh ini. Sering kali kedai online antarabangsa hanya menawarkan penghantaran domestik, dan jika mereka menyediakan penghantaran antarabangsa, harga penghantaran agak tinggi ke Malaysia.

Jangan risau, melalui servis Buyandship, anda hanya perlu hantar pembelian anda ke gudang Buyandship yang terdekat dan kami akan melanjutkan pembelian Black Friday dan Cyber ​​Monday anda ke alamat anda di Malaysia!

5 Tips Membeli-belah Semasa Thanksgiving/Black Friday/Cyber ​​Monday

  1. Ambil Perhatian Tarikh

Amerika Syarikat meraikan sambutan Thanksgiving ataupun Hari Kesyukuran pada hari Khamis keempat didalam bulan November. Pada tahun ini, Thanksgiving jatuh pada 28 November. Menjelang tarikh ini, kebanyakan kedai online akan membuat jualan keatas barang perhiasan rumah, kasut, produk bayi dan mainan, penjagaan diri dan peralatan sebagai pendahulu kepada Black Friday.

Black Friday tahun ini akan berlangsung pada 29 November dan secara kebetulan, hari itu juga hari gaji 😉 Kebanyakan laman web akan melancarkan acara “ One Day Deals” atau “ 24-Hour Only Flash Sale” pada hari ini. Jangan ketinggalan dan beli-belah semasa jualan terhad masa ini untuk mendapatkan tawaran murah.

Cyber ​​Monday akan menyusuli Black Friday pada 2 Disember 2019, di mana terdapat pelbagai jualan keatas peralatan elektronik! Cyber ​​Monday bukan hanya untuk peralatan teknologi, malah barang-barang fesyen dan perhiasan rumah.

Jika anda menyesal tidak cukup membeli-belah pada Black Friday, Cyber ​​Monday memberi anda peluang untuk berbelanja sekali lagi. Akan tetapi, sesetengah kedai hanya menawarkan jualan Black Friday ataupun Cyber ​​Monday, bukan kedua-dua!

  1. Perhatikan Waktu Jualan

Kawasan West Coast dan East Coast Amerika Syarikat mempunyai masa yang berbeza. Kebanyakan kedai online akan memulakan jualan mereka mengikut kawasan West Coast, yang menggunakan Pacific Time (PDT).

Sebagai contoh, jualan Black Friday 2019 secara amnya akan bermula pada jam 0:00 pagi pada 29 November (PDT), iaitu jam 3:00 petang pada 30 November, waktu Malaysia. Walaubagaimanapun, ia adalah juga baik jika anda mengetahui waktu di kawasan East Coast (EDT)! Untuk mengelakkan kekeliruan, gunakan penukar zon waktu seperti Timebie untuk membantu anda! (Akan tetapi, jualan boleh bermula lebih awal! Sila periksa kembali kedai kegemaran anda.)

  1. Sediakan Senarai Beli-belah Anda dan Daftar Akaun Terlebih Dahalu

Jika anda ingin lebih bersiap sedia, daftar siap-siap di kedai online kegemaran anda dan isi “wishlist” membeli-belah anda!  Apabila tiba masanya, anda hanya perlu klik checkout!

Untuk mempercepatkan proses, pra-isi alamat gudang Buyandship yang berkaitan sebagai alamat penghantaran anda. Apabila anda membuat pembelian, anda akan menjadi lebih cepat daripada orang lain. Lagi cepat anda membuat pembelian, lebih cepat ianya tiba di gudang kami!

Dapatkan akses ke alamat gudang luar negeri kami di sini
  1. Kenalpasti Kaedah Pembayaran dan Sediakan Pelbagai Pilihan Pembayaran

Sesetengah kedai online di luar negara menerima kad kredit / debit asing, sementara sesetengahnya hanya menerima PayPal sebagai kaedah pembayaran. Untuk mengelakkan isu pembayaran, menyediakan pelbagai pilihan pembayaran sebelum Black Friday.

Sekiranya anda menggunakan kad kredit / debit untuk berbelanja, pastikan anda menghubungi bank anda terlebih dahulu untuk memaklumkan kepada mereka tentang perbelanjaan antarabangsa. Tidak mempunyai akaun PayPal? Daftar sekarang untuk mengelakkan membuang masa berharga dari masa belanja anda!

  1. Jadi Pembeli Bijak

Pastikan mata anda sentiasa terbuka dan ambil perhatian kepada harga yang berbeza di laman web yang berbeza! Jika anda mengintai sepasang kasut, jangan lupa untuk menyemak semua kedai kasut online.

Untuk membantu anda mencari dengan cepat untuk tawaran terbaik, pasangkan ekstensi Buyandship Price Comparison Tool di Google Chrome! Bercakap mengenai ekstensi Chome, jangan lupa untuk menambah ekstensi rebat tunai untuk memaksimakan penjimatan anda! Anda mungkin boleh menikmati rebat tunai sehingga 10% dari laman web tertentu.