Ulang Tahun ke-5 Buyandship: Rujuk Rakan-rakan Untuk Dapatkan Ganjaran!

Sempena sambutan ulang tahun ke-5 Buyandship, kami akan meningkatkan kadar Program Rujukan Rakan kami dari RM5 hingga RM8 kredit penghantaran. Jadi jangan lupa, sharing is caring!

Dari 14 Oktober hingga 30 November 2019, bagi setiap rujukan yang berjaya, anda dan rakan anda akan menerima RM8 kredit penghantaran yang boleh digunakan untuk pesanan Buyandship berikutnya. Mulakan perkongsian Nombor Rujukan Kawan anda sekarang

Bagaimanakah ia berfungsi? Akses Pusat Ahli anda dan klik pada “Program Rujukan Rakan” untuk bermula. Anda akan menemui info Nombor Rujukan Rakan atau Pautan Rujukan Rakan anda di sini.

Apabila rakan anda mendaftar sebagai ahli Buyanship melalui nombor rujukan atau pautan anda, serta melengkapkan pesanan penghantaran pertama mereka di platform kami, anda dan rakan anda akan menerima kredit RM8 secara automatik dalam akaun Buyandship masing-masing!

Perkara terbaik adalah tiada had perkonsian; lebih banyak rakan yang anda rujuk, semakin banyak ganjaran yang anda dapatkan!

lightbulb-03Sila ingatkan rakan anda!

    • Jika mereka menggunakan “Nombor Rujukan Rakan”, sila pastikan masuk “Nombor Rujukan Rakan” semasa proses pendaftaran, jika tidak, anda tidak akan diberi ganjaran sebarang mata bonus.
    • Jika mereka menggunakan pautan rujukan, “Nombor Rujukan Rakan” anda harus dipaparkan secara automatik pada halaman pendaftaran rakan anda. Sekiranya gagal melakukannya, rakan anda perlu memasukkan semula “Nombor Rujukan Rakan” 10 digit secara manual untuk menerima mata bonus.
    • Program Rujukan Rakan hanya untuk pengguna berdaftar di negara yang sama.