Jualan Setinggi 90% di Pomelo Thailand

Korang mesti tahu jenama Pomelo yang berasal dari Thailand kan? Ala yang budak-budak instafamous sekarang tag masa #ootd tu? Sempena festival membeli-belah 11.11 ini, Pomelo sedang membuat jualan setinggi 90% – wowwww.

Walaupun Pomelo ada website untuk Malaysia, ada kemungkinan besar yang barang-barang di Pomelo Thailand jauh lebih murah ataupun ada lebih banyak pilihan. Jangan bimbang kalau saiz anda di Pomelo Malaysia sudah habis stok, korang boleh check dekat Pomelo Thailand juga!

Jarang tau Pomelo nak ada sale meriah macam 11.11 ni, so ini masa terbaik untuk korang beli belah. Takde alamat kawan kat Thailand? Jom guna alamat gudang Buyandship di Thailand. Bila pesanan dah sampai sana, Buyandship hanya caj korang  fi penghantaran antarabangsa – RM18/lbs – dari Thailand ke Malaysia.