Potongan Harga Sehingga 40% di Zara Home

Dekat Malaysia, sebut je brand Zara, semua mesti ingat baju dan aksessori saje. Tapi kalau korang ke overseas, korang mesti pernah nampak yang dia ada Zara Home untuk barang-barang perhiasan rumah! Kedai online Zara Home kat Amerika Syarikat sekarang tengah ada sale — jualan pertengahan musim diaorang ada diskaun setinggi 40%. Sesiapa yang tengah baru nak pindah rumah atau nak beli apa yang patut, ni masa terbaik untuk korang beli barang kat Zara Home tau!

Zara Home tak ada penghantaran terus ke Malaysia, jadi percayalah dengan Buyandship! Kami akan tolong korang untuk hantarkan pembelian Zara Home korang daripada AS ke tangan korang. Lagi best, harga penghantaran Buyandship ke Malaysia tidak akan membuatkan korang sakit jantung!