Perbandingan Harga: Sony Action Cam + Live-View Remote

Mahu memiliki sebuah “action cam” tapi niat nak beli terus tak jadi bila ternampak harga kamera GoPro Hero 8? Jangan bersedih, Buyandship ada alternatif! Sony Action Cam (HDR-AS50R) ini akan jadi teman setia anda ketika anda sibuk menavigasi diri anda ketika apa-apa aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit ataupun menunggang basikal. Lebih-lebih lagi, set ini didatangi dengan Live-View Remote, dimana anda boleh gunakan jam tangan ini sebagai alat kawalan jauh dan previu apa yang sedang dirakam. Video yang dirakam oleh Sony Action Cam ini memang cantik, tapi harganya di Malaysia pun sama cantik.

Daripada anda membayar RM1,179 di Malaysia, dapatkan set Sony Action Cam + Live-View Remote ini dari eBay Amerika Syarikat untuk hanya US$179 (RM741). Khas untuk ahli Buyandship yang membeli-belah dari eBay AS, kami akan memberi anda penghantaran percuma sehingga 2lbs (RM36) bagi pembelian yang layak. Anggaran berat penghantaran untuk set ini adalah 3 paun, jadi anda secara efektif perlu membayar RM18 untuk menghantar dari eBay AS ke Malaysia melalui servis melanjutkan pesanan Buyandship.