Penghantaran Buyandship saya dikenakan cukai Kastam. Apa yang perlu saya buat?

Apabila anda membeli-belah online di luar negara, salah satu kebimbangan utama adalah cukai dan duti import oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Sama ada penghantaran anda akan dikenakan cukai kadang kala mengikut nasib, tetapi Buyandship mencadangkan kepada ahli-ahli kami untuk menyedari peraturan umum untuk cukai dan duti import. 

1. Kastam akan mengenakan cukai keatas penghantaran bernilai >RM500

Nilai penghantaran anda akana menentukan kebarangkalian penghantaran Buyandship anda ditahan oleh pihak Kastam untuk pemeriksaan. Nilai ini akan termasuk harga barang pembelian, serta cas penghantaran Buyandship dari Hong Kong ke Malaysia.

2. Berapakah jumlah cukai yang dikenakan?

Kadar cukai import ke Malaysia bermula dari 5% daripada nilai penghantaran. Kebanyakan kategori produk seperti fesyen, aksesori, beg & bagasi, produk audio-video dan produk kesihatan & kecantikan akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi penghantaran bernilai melebihi RM500. Terdapat beberapa keadaan di mana anda perlu juga membayar caj duti import oleh Kastam. Produk seperti peralatan rumah, alat permainan, jam tangan dan makanan mungkin akan dikenakan caj duti import tambahan antara 15 hingga 20%!

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika Kastam menahan penghantaran Buyandship saya?

Selain menjangkakan sama ada penghantaran Buyandship anda akan dikenakan cukai, anda tidak perlu bimbang tentang pergi ke hab Kastam untuk mengutip penghantaran anda! Rakan kurier kami akan mengendalikan proses bagi pihak anda dan akan memaklumkan anda terlebih dahulu mengenai anggaran cukai dan duti import yang dikenakan. Buyandship tidak mengendalikan pembayaran Kastam; anda perlu membayar rakan kongsi kurier kami sebelum mereka boleh meneruskan dengan pelepasan penghantaran anda.

Sila ambil perhatian bahawa rakan kongsi kurier kami akan mengenakan caj yuran pemprosesan.

(Dikemaskini pada: 8 January 2020)