Tips Membeli-belah Buyandship: Sentiasa bandingkan harga sebelum membeli

Sangat mudah untuk teruja apabila anda terjumpa jualan hebat, tetapi sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, semak dulu online di platform tempatan atau antarabangsa untuk mengetahui dimana harganya lebih murah. Kecuali anda terdesak untuk barang itu, letak balik di rak dan berbelanja online je!

Kebanyakan masa, korang boleh dapatkan tawaran yang lebih baik dari luar negara – ada juga yang menyediakan penghantaran domestik percuma! Berikut adalah beberapa Perbandingan Harga yang kami lakukan hanya untuk memberi korang sedikit pandangan tentang potensi tabungan yang anda boleh sapu semasa anda membeli di luar negara. Dan yang terbaik, kami juga ambil kira kadar penghantaran antarabangsa Buyandship dalam Perbandingan Harga ini!


Bandingkan harga di mana-mana sahaja!

Sesetengah laman web boleh didapati di beberapa negara, seperti Amazon, eBay dan Pandora. Platform dan jenama sedemikian boleh membawa inventori yang serupa tetapi boleh menawarkan promosi yang berbeza. Ia juga baik untuk memerhatikan kadar pertukaran mata wang apabila korang membeli-belah dari pelbagai negara. Tetapi anda tidak perlu risau apabila membeli-belah dari tempat yang berbeza. Anda masih akan mendapat akses kepada yuran penghantaran antarabangsa yang berpatutan dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran kami tanpa mengira di mana jua anda berbelanja!

Buyandship Pro Tip:

lightbulb-03 Untuk apabila anda membeli-belah di Amerika Syarikat, cuba gunakan Buyandship Price Comparison Tool kami! Ia merupakan extension Google Chrome yang akan menjana senarai perbandingan harga semasa anda menyemak imbas untuk item. Extension ini boleh dimuat turun dari Chrome Web Store.