Berapa Perlu Saya Bayar untuk Menggunakan Buyandship?

Adakah anda tahu bahawa PERCUMA untuk mendaftar untuk menjadi ahli Buyandship? Kami tidak mengutip apa-apa fi keahlian untuk anda menjadi ahli Buyandship. Anda juga akan mendapat akses PERCUMA kepada SEMUA gudang luar negera kami selepas  pendaftaran.

Satu-satunya caj yang kami kenakan adalah yuran penghantaran apabila anda menggunakan servis penghantaran kami! Sebaik sahaja anda membuat penyatuan penghantaran ke Malaysia, apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah membayar yuran servis kami. Buyandship menerima pembayaran Kad Kredit / Debit melalui PayPal untuk keselamatan. Anda tidak perlu mempunyai akaun PayPal untuk membuat pembayaran.


lightbulb-03 TAHUKAH ANDA?

Pra-beli Kredit Penghantaran Buyandship untuk mendapatkan lebih banyak nilai! Dapatkan sehingga 15% kredit tambahan apabila anda membeli kredit penghantaran dari kami! Setiap kredit penghantaran bernilai RM1, dan sekurang-kurangnya RM 500 diperlukan untuk menikmati pakej ini.

Untuk pra-beli Kredit Penghantaran Buyandship, sila hubungi wakil Khidmat Pelanggan kami untuk maklumat lanjut.