Pengumuman: Penggantungan Sementara Servis Gudang China

Disebabkan pertimbangan kesihatan dan logistik, serta keadaan darurat bandar-bandar di China, perkhidmatan penghantaran Buyandship di China akan digantung sehingga 29hb Februari. Penghantaran yang telah dihantar ke gudang kami, atau dalam perjalanan tidak terjejas. Penghantaran ini akan dihantar ke gudang Hong Kong secara beransur-ansur selepas cuti Tahun Baru China (1hb Februari). Mengikut keadaan semasa di China, kelewatan penghantaran mungkin berlaku.

Terima kasih atas kesabaran dan pertimbangan anda. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi wakil perkhidmatan pelanggan kami.

(Dikemaskini pada: 12 Februari 2020, 4:15 petang)