Pelindung Muka: Apa Yang Harus Anda Ketahui Untuk Dapatkan Perlindungan

Semenjak berita tentang Coronavirus sudah tiba ke Malaysia, pelindung muka di kedai-kedai tiba-tiba terlajak laris. Banyak kedai-kedai di Malaysia sudah kehabisan stok dan ianya tidak jelas jika stok baru akan tiba pada masa yang terdekat. Jangan bersedih, anda masih boleh buat pembelian anda dari luar Malaysia.

Face Mask for Coronavirus Protection

👉 Daftar dan dapat RM10 kredit penghantaran 👈
👉 Rujuk sahabat untuk terima RM5! 👈

Jadi, bagaimana untuk memilih pelindung muka yang betul?

Bagi rakyat Malaysia, pemakaian pelindung muka ketika musim jerebu sudah menjadi perkara biasa setiap tahun. Pelindung muka yang selalu disarankan ialah N95, tetapi harganya mahal dan sukar dicari dibawah keadaan biasa. Untuk melindungi diri daripada Coronavirus, penggunaan “surgical mask” sudah mencukupi. Sebelum anda memborong, anda harus tahu yang bukan semua “surgical mask” mempunyai ciri-ciri atau faedah yang sama.

Pelindung muka yang diperbuat dari kain atau span digunakan untuk menapis debungan atau debuan. Topeng karbon diaktifkan biasanya untuk menyerap bau. Malah, sesetengah model tidak mempunyai kesan anti-epidemik sama sekali!

Sebelum anda memulakan pemburuan untuk pelindung muka, berikut adalah beberapa ciri-ciri yang anda patut pertimbangkan:

1. BFE/PFE/VFE

 

Sebelum pelancaran, pelindung muka perlu lulus pelbagai ujian penapisan dan kecekapan mereka mesti disenaraikan dengan jelas pada pembungkusan. Kebanyakan topeng akan diuji melalui Standard Makmal Nelson. Untuk kebanyakan jenama topeng dari Jepun, piawaian yang paling biasa adalah BFE, PFE, dan VFE, yang berdasarkan ujian kadar penapisan untuk menandakan zarah-zarah saiz yang berbeza.

Piawaian Saiz Zarah
BFE (Bacteria Filtration Efficiency) 3 Microns
PFE (Particle Filtration Efficiency) 0.1 Microns
VFE (Virus Filtration Efficiency) 0.1 – 5 Microns (Average 2.8 Microns)

Secara umumnya, kadar penapis topeng  diwakili oleh peratusan yang berbeza. Untuk mencegah sumber jangkitan secara berkesan, ia mesti lulus ujian PFE untuk memenuhi standard. Sekiranya topeng hanya mencapai tahap penapisan BFE, ia tidak mencukupi untuk menghentikan jangkitan virus. Oleh itu, ianya tidak disarankan jika ia hanya menapis setinggi saiz zarah BFE. Apabila memilih topeng yang dibuat di Jepun, pemilihan anda mesti sekurang-kurangnya mempunyai penarafan BFE + PFE. Sudah tentu jika pelingdung muka yang anda pilih melepasi ketiga-tiga ujian, ianya adalah pilihan terbaik!

2. ASTM Level

Kebanyakan pelindung muka yang dihasilkan di Amerika Syarikat akan menggunakan piawaian ujian ASTM. Kadar perlindungan topeng dibahagikan kepada tiga peringkat, dengan Level 1 adalah yang paling rendah dan Level 3 yang tertinggi. Ujian kadar penapisan BFE dan PFE juga diuji. Apa yang membuat standard ujian ASTM berbeza adalah tiga kriteria tambahan: Fluid Resistance (Rintangan Cecair), Delta P (Perbezaan Tekanan), dan Flame Spread (Penyebaran Api).

BFE PFE Rintangan Cecair (mmHg) Perbezaan Tekanan Penyebaran Api
Level 1 ≥95% ≥95% 80 <4.0 Class 1
Level 2 ≥98% ≥98% 120 <5.0 Class 1
Level 3 ≥98% ≥98% 160 <5.0 Class 1

Perbezaan terbesar antara paras-paras ASTM ini adalah rintangan cecair. Sekiranya anda bukan kakitangan perubatan, ciri ini tidak berkaitan dengan anda. Pelindung muka Level 2 atau Level 3 adalah pilihan yang terbaik jika anda merancang untuk membeli dari Amerika Syarikat.

3. KF(Korean Filter)

 

“KF” adalah penarafan topeng yang ditetapkan oleh Biro Kesihatan Korea. Terdapat 3 jenis penarafan topeng di pasaran, iaitu “KF80”, “KF94” dan “KF99”.

Penarafan Perlindungan
KF80 Berkesan menghalang kira-kira 80% daripada zarah dari udara (0.6 mikron). Ianya hanya boleh melindungi daripada habuk dan pencemaran udara, tidak boleh menyekat punca jangkitan
KF94 Berkesan menghalang kira-kira 94% zarah halus dan sumber jangkitan dari udara, 0.4 mikron atau kurang
KF99 Berkesan menghalang kira 99% zarah halus dan sumber jangkitan dari udara, 0.4 mikron atau kurang

Berdasarkan data, ramai akan tertarik dengan  pelindung muka KF99. Disebabkan harga mahal topeng KF99, orang Korea selalunya akan memilih KF94 yang sesuai untuk menghalang jangkitan virus.

4. PM 2.5

 

Sekiranya pelindung muka anda ditanda dengan “PM 2.5”, ini bermakna ianya berkesan untuk menghalang zarah dengan diameter 2.5 micrometres atau lebih di udara. Secara amnya, ia direka untuk melindungi daripada pencemaran udara atau jerebu. Ianya tidak berkesan terhadap menghalang dari jangkitan virus. Jika anda hanya menjumpai pelindung muka PM2.5, kami sarankan anda memilih produk yang juga mempunyai perniliain BFE + PFE!


❣️❣️ Gudang Jepun kami sedang mengalami trafik penghantaran yang tinggi. Kami mengesyorkan agar anda membeli produk berkaitan dari pasaran lain seperti AS, Korea dan Thailand!

 


🚩Soalan Lazim mengenai Buyandship:http://bit.ly/31dP7A3