Perbandingan Harga: Penghantaran Antarabangsa Secara Langsung VS Melalui Buyandship?

Bayangkan ini: Korang sedang bersenang hati menambah item ke troli di kedai online kegemaran korang di luar negara dan sudah bersedia untuk melengkapkan pesanan korang. TETAPI, tetikus korang berhenti di butang “Lakukan Pesanan” sebaik sahaja korang menyemak caj penghantaran antarabangsa! Jadi sekarang ni, korang terpaksalah berfikir masak-masak dua kali (atau lebih) sama ada untuk meneruskan pembelian atau tidak. Ni semua sebab yuran penghantaran ke Malaysia berharga lebih daripada pembelian!Â đŸ˜±

Terdapat juga beberapa kedai online yang menyediakan penghantaran percuma di seluruh dunia dengan pembelian minimum.

Namun begitu, terdapat beberapa peringatan untuk memilih penghantaran langsung percuma:

  1. Sesetengah tempahan minimum untuk penghantaran antarabangsa percuma sukar dicapai dan boleh mencecah beratus-ratus dolar! Hal ini sangat tidak ekonomikal kalau korang hanya membeli sedikit.
  2. Tidak semua penghantaran antarabangsa percuma menawarkan servis penjejakan bungkusan korang. Korang mungkin akan tertanya-tanya di mana pakej korang 2 minggu kemudian. 
  3. Sesetengah kedai online antarabangsa akan mengharuskan korang untuk membayar kos kastam dan caj duti terlebih dahulu! Hal ini boleh menambahkan lagi kos penghantaran. 

Sebelum korang melambaikan bendera putih tanda mengalah kepada semua perkara di atas, sila BERHENTI. Daripada membayar harga yang terlampau mahal diluar kemampuan korang untuk caj penghantaran antarabangsa secara langsung, jom la membeli-belah secara online di luar negara menggunakan Buyandship! 👀

 

Kebanyakan kedai retail online menawarkan servis penghantaran domestik / tempatan PERCUMA. Oleh itu, pilihlah gudang Buyandship terdekat untuk kedai retail pilihan korang dan nikmati penghantaran percuma di negara yang sama. Korang hanya akan membayar sebanyak RM18 / lbs sahaja untuk perkhidmatan penghantaran bungkusan dari luar negara!

Nota Editor: Terdapat beberapa kedai online yang memerlukan pesanan minimum sebelum korang dapat menikmati penghantaran domestik percuma ini, tetapi jumlahnya biasanya mudah dicapai. Jadi, janganlah risau!