Tips Beli-belah Buyandship: Alternatif Membeli-belah untuk Jenama K-Beauty

Memanggil semua peminat tegar kecantikan dan penjagaan kulit! Korang pasti tak nak terlepas Tips Membeli-belah yang ini!

K-Beauty telah menjadi semakin popular sejak beberapa tahun ini, lebih-lebih lagi dengan kemunculan jenama-jenama ternama Korea Selatan yang semakin rancak meresap ke pasaran global. Ke mana-mana jua korang pergi, korang memang akan menemui pelbagai jenama kecantikan Korea di Malaysia, yang semakin merais populariti dan mendapat tempat di hati rakyat negara ini seiring dengan gelombang-K atau Hallyu.

Jenama-jenama seperti Laneige, Innisfree dan TonyMoly boleh diakses di kedua-dua kedai fizikal dan online, tetapi pilihan korang semakin BANYAK apabila anda membeli secara langsung di Korea Selatan! Korang tidak perlu menaiki kapal terbang untuk ke Seoul pun untuk membeli barang K-Beauty kegemaran korang! Bergantung sahaja kepada servis perkhidmatan Buyandship kami untuk menghantar pakej K-Beauty korang dari Korea ke Malaysia.

Membeli-belah seperti penduduk tempatan di Korea

Kalau korang suka berbelanja barang daripada Korea, sama ada fesyen, kecantikan, penjagaan bayi atau barangan K-pop, Gmarket adalah tempat pilihan korang! Korang boleh mencari hampir apa-apa sahaja pada platform e-dagang Korea Selatan ini! Tips Pro: Untuk memudahkan navigasi, kami mencadangkan korang mendaftar sebagai ahli menggunakan akaun Gmarket menggunakan versi Bahasa Inggeris.

 

Korang juga boleh menemui banyak pilihan jenama K-Beauty di dalam Gmarket. Kebanyakannya juga menjadi kedai rasmi mereka di platform tersebut. Tambahan pula, korang akan mendapat diskaun BESAR pada produk terpilih daripada jenama tersebut. Promosi seperti Beli Satu, Dapatkan Satu (atau Beli 2 untuk 1) juga perkara yang sangat biasa. Bukan itu sahaja; kadang-kadang korang juga boleh mendapatkan keluaran baru atau item pra-pesanan pada harga diskaun juga! Syok bukan?

Tip tambahan! Jangan lupa untuk memeriksa sama ada terdapat sebarang baucar yang boleh anda gunakan dengan mengklik “Gunakan Baucer”!

Korang juga boleh menyemak platform seperti 11STREET Korea untuk membandingkan pilihan K-Beauty dan tawarannya dengan Gmarket. Laman web 11STREET lebih selesa dan mudah untuk dinavigasi kalau dibandingkan dengan Gmarket, terutama sekali kalau korang pengguna buat kali pertama!

Namun begitu, kalau korang berada di laman web 11STREET global, ada kemungkinan besar korang tidak boleh membayar dalam Won Korea. Pembayaran dalam mata wang tempatan korang akan mengakibatkan harga menjadi lebih mahal. Hal ini disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing.

Walau apa pun platform pilihan korang untuk K-Beauty, gunakanlah alamat gudang Buyandship di Korea semasa proses checkout! Kebanyakan penjual di Gmarket dan 11STREET menawarkan penghantaran PERCUMA di Korea dengan jumlah pesanan minimum. Pastikan korang mengambil peluang keemasan ini untuk menggunakan servis penghantaran antarabangsa Buyandship yang berpatutan dari Korea ke Malaysia.