Tips Beli-belah Buyandship: Alternatif untuk Mainan & Koleksi

Sama ada korang membeli untuk anak-anak korang atau diri sendiri, mainan dan koleksi boleh menjadi hobi yang mahal. Kebiasaannya, harga yang korang jumpa di kedai-kedai tempatan sangat tidak masuk akal. Hati jadi sakit, dompet pun turut sakit sekali!

Setiap ibu bapa yang telah menjadi kedai mainan kepada anak-anak mereka mungkin pernah menghadapi situasi ini. Sementara korang diseret naik dan turun melalui  lorong-lorong mainan di kedai alat permainan, korang mesti berasa kagum dengan beraneka pilihan yang dibentangkan untuk kanak-kanak pada zaman kini. Tetapi apa yang paling mengejutkan ialah harganya yang tinggi melampau! Parahlah akaun bank korang nanti! 💸

 

Walaupun sebagai orang dewasa, membeli mainan atau koleksi patung aksi secara tempatan ialah pelaburan yang agak besar, terutama sekali kalau korang sedang memburu edisi-edisi terhad atau mencari item yang sukar untuk dicari.

Korang bernasib baik sekali kerana lahir di era di mana membeli-belah online semakin popular, korang tidak lagi terhad kepada apa yang ada di pasaran Malaysia sahaja! Terdapat banyak kedai online dari AS, UK dan Australia yang menawarkan tawaran hebat dan akses inventori yang lebih besar.

Kebanyakan daripada mereka tidak menghantar di luar pasaran tempatan mereka, tetapi dengan Buyandship, korang tidak perlu risau lagi. Membeli-belah lah dari seluruh dunia melalui gudang luar negara kami dan kami akan membantu menghantar barangan korang ke pintu rumah korang dengan harga yang mampu milik!

Berikut merupakan beberapa contoh jenis simpanan yang akan korang nikmati ketika korang membeli mainan dan koleksi menggunakan Buyandship. 🤑

Mainan untuk Semua

Kedai-kedai sehenti seperti Walmart US atau Target Australia adalah tempat yang bagus untuk melayari mainan dan koleksi. Rangkaian produk mereka luas, yang bermaksud korang mungkin akan mencari barang yang korang inginkan di halaman mereka.

Terutamanya di Walmart AS, korang boleh menemui beberapa produk yang ditawarkan – kadang-kadang di seksyen ‘clearance’ atau ‘rollbacks’. ‘Rollback’ ialah satu lagi cara untuk mengatakan “harga dikurangkan” dalam lingo Walmart. Kepada para pengumpul, kami tidak melupakan korang! Korang boleh mencari pilihan eksklusif Walmart dalam bahagian Koleksi juga!

Hanya untuk Pengumpul

Sudah tentu, kalau korang mencari kedai khusus untuk semua barang koleksi dan hobi, korang sangat bertuah!

Di Amerika Syarikat, korang mempunyai pilihan seperti Entertainment Earth dan BigBagToyStoreuntuk semua keperluan koleksi korang. Mereka mempunyai rangkaian patung-patung yang beraneka, termasuklah Funko yang sentiasa popular! Walaupun  Entertainment Earth membuat penghantaran ke seluruh dunia, terdapat beberapa item yang hanya boleh dihantar ke alamat AS. Korang sangat beruntung tau, korang boleh menggunakan Buyandship punya alamat! 😉

Zavvi dari UK dan MightyApe dari Australia adalah dua pilihan lain yang korang boleh eksplor! Tetapi kebiasaannya, harga koleksi di AS lebih menarik kalau korang membandingkannya.

(Nota Editor: Kami tahu bahawa ramai yang inginkan barang-barang koleksi mereka tiba dalam keadaan yang selamat. Oleh itu, sila minta padding tambahan untuk memastikan keselamatan barangan.) 

Walau di mana jua korang pilih untuk membeli-belah, letakkanlah kepercayaan korang pada Buyandship untuk menghantarnya ke Malaysia dengan harga yang berpatutan sebanyak RM18/lbs! Daftarlah sekarang.