Tips Beli-belah Buyandship: Alternatif untuk Pakaian & Suplemen Atlet

Mengekalkan kesihatan diri ialah sesuatu yang tidak mudah untuk kita semua lakukan, malahan ada juga di antara korang yang masih melalui pelbagai halangan dan kesukaran, sama ada melalui latihan, mengekalkan diet yang seimbang atau menyokong sistem imun korang dengan suplemen yang betul. Ramai yang menganggap bahawa melengkapkan diri dengan pakaian dan nutrisi yang tepat untuk memulakan gaya hidup sihat korang ialah pelaburan yang agak besar. Hal ini tidak dapat dinafikan terutamanya kalau korang membeli barangan import seperti peralatan sukan, pakaian aktif dan suplemen di Malaysia.

Buyandship di sini untuk berkongsi dengan korang bahawa barang keperluan korang tidak semestinya mahal! Membeli-belah di luar negara akan memberi korang akses kepada lebih banyak jenama dan reka bentuk! Harganya pula secara puratanya berkali-ganda lebih murah untuk dibeli dari pangkalan produk yang korang inginkan. Lebih banyak pilihan juga bermakna lebih banyak tawaran untuk korang pilih! Syok kan?

Asah Kemahiran Berbelanja Secara Berjimat-cermat!

Untuk barangan seperti pakaian sukan/pakaian gim, pastikan korang sentiasa menyemak juga kedai online dari AS, UK dan Australia. Bukan sahaja mereka mempunyai pelbagai jenama, malah mereka juga banyak menawarkan harga menarik berbanding dengan harga pasaran tempatan.

Kedai outlet seperti seperti Sierra dan Steep&Cheap dari Amerika Syarikat bukan sahaja menawarkan pakaian aktif, tetapi mereka juga menjual peralatan untuk aktiviti luaran atau sukan dengan harga yang sangat luar biasa. Dari UK, korang mempunyai kedai seperti GoOutdoors untuk menyelamatkan poket korang. 

Menyokong Imuniti Korang

Selain bersenam, memberi sokongan kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan korang dengan vitamin dan makanan tambahan ialah idea yang sangat baik. Walau bagaimanapun, harga bagi produk tersebut boleh menjadi agak mahal. Kami perasan bahawa farmasi online daripada Australia, iaitu Chemist Warehouse, Mr. Vitamins dan MyChemist  menjual pelbagai jenama vitamin dan suplemen dengan harga yang hebat dan mampu milik!

Nota Editor: Apabila korang membeli-belah pastikan korang tidak berlebih-lebihan. Korang dinasihatkan untuk mempraktikkan sikap menahan diri. Membeli secara pukal boleh menyebabkan pakej korang ditahan oleh kastam.