Tips Beli-belah Buyandship: Panduan Berat & Saiz

Salah satu kelebihan utama menggunakan Buyandship ialah harga kami. Kebanyakan servis penghantaran antarabangsa mengenakan caj menggunakan berat volumetrik, yang boleh menyebabkan harga penghantaran menjadi agak mahal. Di Buyandship, kami mengecaj korang berdasarkan berat sebenar bungkusan korang dalam pound (lbs).

Apabila korang menghantar bungkusan korang kepada MANA – MANA daripada sembilan (9) gudang di luar negara kami, ia akan secara automatik DIBAWA ke Hong Kong terlebih dahulu.

Berat hanya akan direkodkan apabila bungkusan korang tiba di gudang pusat Buyandship di Hong Kong. Di sinilah SEMUA bungkusan korang akan diperiksa, direkod dan disimpan, sambil menunggu langkah seterusnya: Menghantarnya ke alamat pilihan korang di Malaysia.

“Tetapi saya ingin tahu berat sebelum saya hantar ke gudang korang!”

Satu soalan yang sangat popular daripada pelanggan kami. Tidak ada cara untuk kami anggarkan dengan tepat berat sebelum membeli/menghantar barangan ke gudang kami.  Walau bagaimanapun, ada beberapa cara yang korang boleh MEMBUAT ANGGARAN. Berikut ialah gambaran kasar bagaimana berat item tertentu:

Beberapa platform e-dagang seperti Amazon akan memberi korang maklumat mengenai berat produk dan anggaran berat bungkusan pada keterangan produk. Korang juga boleh cuba menghubungi penjual korang dan meminta anggaran berat bungkusan.

PENTING: Sebelum membeli sebarang item, pastikan ukuran bungkusan korang tidak melebihi had batasan gudang kami. Untuk kebanyakan gudang, setiap sisi (W, D, H) ukurannya mestilah kurang daripada 100cm dan jumlah ukuran setiap sisi mestilah kurang daripada 150cm. **

** Untuk Australia, Thailand dan Itali, setiap sisi (W, D, H) ukurannya mestilah kurang daripada 50cm dan jumlah ukuran setiap sisi mestilah kurang dari 100cm.

“Bungkusan saya telah tiba di Hong Kong untuk penyimpanan. Apa yang perlu saya buat sekarang?”

Korang boleh menyemak berat bungkusan korang di pusat Buyandship sebelum korang menghantarnya ke Malaysia.

Kalau korang rasa beratnya tidak tepat, hantar mesej melalui butang Perkhidmatan Pelanggan kami (butang oren di bahagian bawah kanan) untuk meminta beratnya ditimbang semula. Mereka akan memberikan foto bungkusan korang pada skala berat sebagai bukti. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, kami akan menyesuaikannya dengan sewajarnya.

Jimatkan kos penghantaran apabila korang menggabungkan dua bungkusan atau lebih dan berat bungkusan yang dikenakan akan dibundarkan ke lbs (paun) yang seterusnya. Korang boleh menggabungkan seberapa banyak bungkusan yang korang suka, selagi ia berada dalam had saiz kami dan kurang daripada berat bungkusan maksimum iaitu sebanyak 55 lbs.