Tips Beli-belah Buyandship: Proses Penghantaran ke Malaysia

Korang telah membuat pembelian luar negara korang dengan menggunakan Buyandship, dan sekarang korang tengah teruja menunggu ketibaan bungkusan di depan pintu rumah. Tetapi tunggu, ada beberapa perkara yang perlu korang lakukan dan ketahui terlebih dahulu! 

Tidak kiralah gudang luar negara mana yang korang gunakan, semua bungkusan akan dibawa secara automatik ke gudang pusat kami di Hong Kong. Di sinilah semua hal-hal berkenaan penimbangan dan pengurusan penghantaran korang berlaku!

Proses penghantaran ke Malaysia hanya bermula sebaik sahaja korang menggabungkan dan membuat bayaran untuk bungkusan pesanan korang. Ketahui cara-cara untuk menggabungkan bungkusan Buyandship korang di sini.

Dari sana, ia akan mengambil masa selama 1 hingga 2 hari bekerja untuk memproses dan  membungkus pesanan korang – sedia untuk diambil oleh rakan kurier kami. Sebaik sahaja bungkusan pesanan korang sudah siap untuk penghantaran, korang akan menerima notis pemberitahuan Ambil pesanan dari kami melalui e-mel. Dalam e-mel ini, korang akan mendapati semua maklumat yang diperlukan mengenai pesanan korang, berserta nombor penjejakan bungkusan dari Hong Kong ke Malaysia!

Korang boleh menyemak status bungkusan pesanan korang melalui Pusat Ahli Buyandship  juga! Log masuk sahaja ke akaun Buyandship korang, pergi ke “Pesanan Penghantaran” dan pilih tab “Sedia untuk pungutan/serahan“!

Apabila bungkusan pesanan korang telah tiba di Malaysia, penghantaran ke alamat pilihan korang akan mengambil masa selama 3 hingga 4 hari bekerja. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh tertangguh, tertakluk kepada pemeriksaan daripada kastam.

*** Bagi bungkusan pesanan Buyandship yang dihantar menggunakan Skynet Malaysia, korang hanya boleh mula menjejaki bungkusan korang SELEPAS pelepasan kastam di Malaysia. Biasanya, tempoh yang diambil ialah 2 hingga 3 hari bekerja selepas menerima notis pemberitahuan “Ambil Pesanan” korang.

Kami sangat menyarankan korang untuk mengesan dan memantau bungkusan korang. Sekiranya tidak ada kemas kini dalam tempoh 2 hingga 3 hari selepas ketibaannya di Malaysia, sila berikan panggilan kepada rakan kurier kami dengan serta-merta untuk memeriksa status penghantaran. Buyandship tidak mempunyai kawalan ke atas jadual penghantaran rakan kurier tempatan kami.