Pengumuman: Penggantungan Sementara Servis Gudang China Dilanjutkan

Disebabkan situasi kesihatan semasa serta isu keselamatan dan kebersihan, Buyandship akan terus menggantung perkhidmatan gudang China kami sehingga notis selanjutnya. Berkuat kuasa pada 29 Februari, gudang ini akan berhenti menerima apa-apa pakej dan ianya tidak akan dihantar ke gudang Hong Kong untuk tujuan keselamatan. Untuk pesanan yang telah dibuat yang dialamatkan ke alamat gudang China, sila batalkan pesanan anda dengan serta-merta.

Terima kasih atas kesabaran dan pertimbangan anda. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.