Panduan Membeli-belah Kotak Langganan

Seronok bukan apabila korang tengok peti surat dan dapat tahu yang korang baru terima satu lagi bungkusan daripada posmen? Cuba korang bayangkan betapa bestnya kalau korang boleh mendapatkan satu kotak yang penuh dengan barangan yang menarik, dihantar ke pintu rumah korang setiap BULAN? Kalau korang berminat, cuba lah kotak langganan! Ia sangatlah terkenal di Amerika Syarikat dan ia adalah cara HEBAT untuk korang menerokai hobi dan kegemaran yang baru, mencuba produk kecantikan atau penjagaan kulit yang baru keluar di pasaran atau hanya berbelanja untuk diri korang atau rakan-rakan yang tersayang, lengkap dengan pengalaman bulanan yang sangat menyeronokkan.

Namun begitu, kebanyakan servis kotak langganan tidak dapat dihantar ke luar negara. Tetapi, korang jangan lah risau. Mereka biasanya akan menawarkan PENGHANTARAN DOMESTIK! Korang sangat beruntung kerana dengan Buyandship, korang pun boleh merasakan nikmat dan keseronokan untuk menerima bungkusan yang istimewa setiap bulan pada harga yang berpatutan. Kadar penghantaran kami dari AS dan UK hanyalah RM18 setiap pound!

Apa sahaja minat korang; baik kecantikan, makanan ringan, mainan atau kraf, pasti terdapat kotak langganan yang sesuai di luar sana menunggu korang! Sekiranya korang nak rasa macam korang sambut hari lahir setiap bulan, jomlah cuba kotak langganan!


PILIHAN TERBAIK BUYANDSHIP UNTUK KOTAK LANGGANAN!

KECANTIKAN DAN PENJAGAAN PERIBADI

  • Kotak langganan kecantikan ialah salah satu cara yang menarik bagi kaki mencuba produk untuk mencari produk kecantikan yang terkini ataupun bagi mereka yang susah memberi komitmen kepada satu jenama atau produk yang sama. 
  • Pilihlah produk solekan dan penjagaan diri tanpa perlu menyusahkan diri korang untuk keluar rumah! Kebanyakan kotak langganan kecantikan mempunyai barang bersaiz trial atau sample jadi korang tak adalah terikat dengan produk tersebut pada jangka masa yang panjang.
  • Tidak kira apa keperluan korang, pasti ada kotak langganan kecantikan yang sesuai dengan korang semua!
  • Tidak tahu nak mula macam mana? Lihat BoxyCharm AS, Birchbox US untuk para wanita dan Dollar Shave Club AS dan Harry’s US untuk si jejaka.

PAKAIAN DAN AKSESORI

  • Korang tak bosan ke pakai baju sejak zaman sekolah menengah lagi? Korang bernasib baik sangat! Korang tahu tak ada kotak langganan yang dibuat khas untuk pakaian dan aksesori?!
  • Trend berubah dengan sangat CEPAT kerana industri fast fashion. Kini, korang boleh mendapatkan kotak langganan untuk pakaian dan aksesori sekaligus menjimatkan banyak wang dan masa!
  • Sama ada korang hanya memerlukan beberapa aksesori untuk menaikkan seri almari pakaian korang atau korang nak pakaian baru untuk kerja, perkhidmatan kotak langganan pakaian ini akan membantu korang mendapatkan semua barangan yang terbaik yang dihantar tepat ke depan pintu korang dengan hanya beberapa klik.
  • Menarik tak? Lihatlah Frank and Oak US, Rocksbox US, Menlo Club AS dan Ellie AS.

MASA UNTUK SNEK

  • Korang teringin tak untuk bereksperimen dengan citarasa lidah korang dengan aneka makanan ringan setiap bulan? Dapatkan kotak langganan makanan ringan yang pastinya akan membuat korang rajin berjalan ke depan pintu rumah korang tu! 
  • Korang akan mendapat pelbagai makanan ringan yang lazat seperti bar coklat yang sedap, jerkys daging lembu yang enak, gula-gula yang manis dan banyak lagi! Bukan itu sahaja, korang juga akan mendapat akses kepada kudapan eksklusif yang premium, pasti tak jumpa di tempat lain!
  • Sebaik sahaja korang selesai mengunyah snek korang yang enak, korang boleh la boleh menghirup secawan kopi (atau teh, jika korang lebih suka teh) dari Un’kuppd Pour-over Coffee atau Simple Loose Tea
  • Lihat di sini untuk kotak langganan makanan ringan yang hebat: Snack Nation US, MunchPak AS dan SnackCrate US.

KANAK-KANAK DAN ANAK-ANAK

  • Menjadi dewasa sangatlah susah tetapi menjadi ibu bapa? LAGILAH SUSAH. Sudah tiba masanya untuk anak-anak korang pula mendapat kotak langganan untuk diri mereka!
  • Kotak langganan untuk kanak-kanak ibarat menyelam sambil minum air; pertama sekali kerana ia membuat mereka terhibur selama BERJAM-JAM lamanya dan kedua, ia membuat ibu bapa gembira dan aman sentosa. 
  • Terdapat banyak kotak langganan di luar sana untuk si kecil korang. Sama ada korang sedang mencari kotak langganan yang penuh dengan permainan pendidikan untuk anak kecil korang atau seni dan kraf yang mesra kanak-kanak untuk mengasah bakat artis mereka, korang boleh mendapatkan semuanya dihantar ke depan rumah korang!
  • Untuk memudahkan kerja korang, lihat laman web ini: Lovevery US, Monti Kids US dan Curiosity Box Kids UK.

 


Nota Editor: Pastikan untuk memeriksa kandungan dalam kotak langganan bulanan korang agar ia tidak mengandungi sebarang item yang dilarang! Ini adalah untuk memastikan penghantaran korang tidak dibuang. Sila berhati-hati ketika membeli. 😉