Panduan Membeli-belah: Menjaga Kebersihan Rumah

Memandangkan wabak COVID-19 semakin berleluasa, amatlah penting untuk korang mengekalkan kebersihan rumah. Korang mungkin tidak dapat mengawal kebersihan persekitaran korang apabila berada di luar rumah, seperti di pengangkutan awam dan permukaan di pusat membeli-belah. Walau bagaimanapun, korang masih boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan rumah korang sentiasa bersih dari segala bakteria dan virus!

Korang perlu ingat bahawa petua ini harus digunakan seiring dengan asas-asas garis panduan kebersihan: mencuci tangan dengan kerap selama 20 saat (nyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” dari awal hingga akhir dua kali), sentiasa membersihkan permukaan di sekitar korang menggunakan disinfecting wet wipes, elakkan daripada menyentuh muka dan sentiasa menutup mulut apabila batuk atau bersin dengan siku. Akhir sekali, cuci pakaian di rumah secepat mungkin!

Buyandship telah memilih beberapa Produk Pilihan Buyandship untuk Menjaga Kebersihan Rumah daripada seluruh pasaran kami yang berbeza – mereka mungkin sangat berguna dalam saat-saat genting ini.


PRODUK PILIHAN BUYANDSHIP UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH!

Brita Fill & Enjoy Water Filter Jug

  • Brita Fill & Enjoy Fun Water Filter Jug mempunyai Mutiara Karbon Mikro yang mengurangkan kekotoran klorin dan organik! Ini memastikan rasa air yang sedap dan mengurangkan bau makanan dan minuman yang kurang sedap.
  • Dengan penapis terbaru MAXTRA mereka + dengan teknologi MicroFlow, kekotoran dari air paip boleh dikurangkan untuk minuman, membuat teh atau kopi dan menyediakan makanan untuk seluruh keluarga korang! Wajib dimiliki untuk setiap isi rumah.

eufy BoostIQ RoboVac 11S (Slim) Robot Vacuum Cleaner

  • Mencari vakum mesra bajet yang cukup kecil untuk membersihkan ruangan perabot yang paling rendah? Kalau ya, Eufy BoostIQ RoboVac 11s mungkin apa yang korang tercari-cari selama ini!
  • Salah satu ciri yang paling mudah dari peranti ini ialah ia sentiasa bersedia untuk membersihkan rumah! RoboVac kembali ke pangkalan mengecaj apabila kuasa rendah secara automatik. Oleh itu, ia sentiasa bersedia untuk menjaga kebersihan rumah korang!
  • Mod pembersihan mereka yang berbagai-bagai aneka dan mod masa pra-set mereka akan memastikan rumah korang sentiasa bersih! Korang juga bolehlah melakukan tugas lain di sekitar rumah.

Iris Ohyama Duvet/Bed Cleaner

  • Selalunya, membasuh dan membersihkan katil korang boleh menjadi masalah yang besar. Korang sangat beruntung, Iris Ohyama telah mengeluarkan salah satu pembersih futon yang paling ringan dan paling berkuasa untuk kemudahan korang!
  • Alat ini direka bentuk dengan sensor yang menyala setiap kali mereka dapat merasakan kehadiran mana-mana kutu atau habuk di sekeliling.
  • Korang risau korang tidak dapat membersihkannya selepas digunakan? Jangan risau! Peranti pembersih ini juga boleh dibasuh di dalam air. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia sentiasa bersih!

LG Mini Air Purifier

  • LG PuriCare Mini ialah sistem penapisan udara mudah alih yang membantu pengguna mengurangkan kesan pencemaran udara. Dalam erti kata lain, ia membantu korang menghirup udara segar dengan kualiti yang lebih baik.
  • Direka dengan Twin Tornado Dual Fan, alat ini kompak dan kuat untuk menyediakan aliran udara yang luar biasa dan dapat mengisi ruang dengan udara bersih dengan pantas.
  • Bukan itu sahaja, sensor luar biasa mereka juga mengesan debu ultra-halus dan memaparkan keadaan udara secara intuitif menggunakan empat warna! Hebat, bukan? Dapatkannya sekarang!

lightbulb-03 Pastikan korang menggunakan alamat gudang luar negara terdekat untuk mendapatkan penghantaran antarabangsa yang berpatutan. Dari sana, korang boleh menghantar penghantaran ke pintu korang melalui perkhidmatan penghantaran kami, dengan hanya RM18 per pound!