Tip Membeli-belah Buyandship: Cara Menggunakan Kredit Penghantaran Buyandship

Untuk memulakan anda, kami memberi ganjaran kredit penghantaran PERCUMA sebanyak RM10 apabila pendaftaran anda berjaya. Untuk memeriksa baki Kredit Penghantaran Buyandship, sila log masuk ke akaun anda untuk mengakses “KREDIT” di Pusat Ahli Buyandship anda.

lightbulb-03 ANDA TAHU TAK?

Anda boleh pra-beli Kredit Penghantaran Buyandship untuk mendapatkan nilai yang lebih banyak lagi! Dapatkan sehingga 15% kredit tambahan apabila anda pra-beli kredit daripada kami! Setiap kredit penghantaran bernilai RM 1, dan sekurang-kurangnya RM 500 diperlukan untuk menikmati kelebihan ini. Yang paling seronok, kredit penghantaran pra-beli tidak mempunyai tempoh tamat (tidak seperti bonus pendaftaran).

Untuk pra-beli Kredit Penghantaran Buyandship, sila hubungi wakil Perkhidmatan Pelanggan kami untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah saya boleh menggunakan Kredit Penghantaran Buyandship saya?

Sebaik sahaja anda sudah bersedia untuk menghantar bungkusan anda ke Malaysia, anda boleh menggunakan Kredit Penghantaran Buyandship anda di checkout. Anda juga boleh memilih berapa banyak kredit yang anda ingin gunakan untuk penghantaran!