Tip Membeli-belah Buyandship: Isytihar Penghantaran Anda dengan Tepat

Kami sangat menggalakkan pengguna mengisytiharkan penghantaran anda di Pusat Ahli Buyandship sebelum ia tiba di gudang luar negara kami. Ini adalah satu cara bagi kami untuk mengesan apa yang sedang dalam perjalanan dan akan melancarkan proses pemeriksaan dalam bungkusan anda ke gudang masing-masing.

Di Pusat Ahli anda, pergi ke Penghantaran dan pilih “Klik di sini untuk menambah penghantaran baru“. Isikan butiran yang relevan dan hantar kepada sistem kami. Selain itu, memastikan anda telah mengisytiharkan penghantaran anda dengan tepat juga sama pentingnya!

Gunakan borang yang sedia ada untuk memberi descripsi setiap item unik dalam penghantaran anda – mereka mesti diisytiharkan secara individu semasa proses ini. Jika anda mempunyai beberapa produk yang sama, betulkan sahaja kuantiti. Berikut ialah panduan cepat kami tentang bagaimana anda boleh melakukannya.

Langkah 1: Pilih Kategori Produk yang berkaitan

Pertama, anda perlu memilih kategori umum produk bagi item anda. Kami telah membahagikannya kepada kira-kira sedozen kategori yang kerap digunakan.

Langkah 2: Pilih Subkategori yang berkaitan

Dalam “Kategori Produk”, anda perlu mencari dengan lebih mendalam ke dalam “Subkategori” di mana item anda berada. Di sinilah kategori menjadi lebih spesifik.

Langkah 3: Isikan Nama Produk dan URL Produk

Pastikan untuk mengisi Nama Produk dan link ke produk! Dengan cara ini, kita juga boleh menyemak semula sama ada barang itu boleh dihantar ke Malaysia melalui Buyandship. Jangan lupa untuk memasukkan harga bagi setiap produk.

 

Setelah selesai, klik butang “SUBMIT” untuk merekodkan penghantaran masuk ke dalam sistem kami! Sekarang apa yang anda perlu lakukan ialah tunggu e-mel dari Buyandship untuk memberitahu bahawa pembelian anda telah tiba di gudang luar negara kami!