Panduan Membeli-belah: Keperluan Kerja Dari Rumah

Korang rasa agak mencabar tak untuk bekerja dari rumah? Walaupun gangguan pejabat agak berkurangan dan korang boleh skip segala kerumitan menaiki pengangkutan awam untuk bekerja, korang masih perlu mengekalkan disiplin dan motivasi untuk memastikan bahawa produktiviti kerja tetap tinggi!

Dengan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari, syarikat dan organisasi telah membuat keputusan agar pekerja mereka bekerja dari rumah. Korang mungkin akan bekerja di rumah juga suatu hari nanti pada minggu-minggu akan datang untuk meminimumkan risiko daripada terdedah kepada wabak koronavirus.

Walaupun bekerja dari rumah agak membebaskan, ia juga merupakan satu perkara yang sangat susah untuk dilaksanakan. Untuk memastikan korang dapat menikmati hari-hari korang bekerja di rumah, terdapat beberapa perkara penting yang korang perlukan untuk sentiasa selesa dan produktif!

Buyandship bersedia untuk membimbing korang dengan Keperluan Penting untuk Bekerja dari Rumah Buyandship agar korang dapat menubuhkan stesen pejabat rumah korang sendiri!


Keperluan Penting untuk Bekerja dari Rumah Buyandship!

HUANUO Laptop Tray dengan Cushion

  • Dulang laptop pelbagai fungsi ini dibina dengan panel kayu mesra alam dan kusyen dwi bantal untuk keselesaan dan sokongan mantap.
  • Pad pergelangan tangan memberikan keselesaan kepada pergelangan tangan korang sambil menghalang komputer riba daripada tergelincir, manakala pad tetikus meningkatkan kecekapan kerja korang.
  • Korang boleh menggunakannya semasa melakukan kerja dari keselesaan katil korang, sofa, atau di mana sahaja korang memerlukannya!

☞ BELI SEKARANG


Napatek Smart LED Desk Lamp

  • Lampu meja Napatek akan menjadi sumber cahaya korang di rumah. Ia adalah perkakas pintar yang menawarkan korang menjangkaui fungsi asas.
  • Berjam-jam di meja? Ia juga dilengkapi dengan teknologi penjagaan mata pintar yang mempunyai tiga mod warna dan enam tahap kecerahan. Ia mempunyai kepala berputar 180 darjah untuk menambah fleksibiliti.
  • Selain menjadi lampu pintar. Napatek juga mempunyai Pengecas Tanpa Wayar 10W USB & Port Pengecasan USB untuk mereka yang suka alat yang boleh multitask!

Ugmonk Gather Basic Set

  • Menangi perang melawan masa dan ketidakaturan! Ugmonk Gather Basic Set ialah organizer meja wajib ada untuk membantu korang mengurangkan keserabutan barang-barang kecil di meja korang.
  • Ia juga boleh disesuaikan dengan ruang kerja korang untuk memastikan alat yang korang perlukan sentiasa dalam jangkauan dan cukup fleksibel untuk digunakan di mana-mana ruang.

Plantronics Voyager Legend Wireless Bluetooth Headset

  • Gunakan fungsi bebas-tangan Plantronics Voyager Legend Sound-canceling Bluetooth Headset! Ia membantu korang menyelesaikan kerja sambil membuat panggilan secara handsfree menggunakan teknologi Sensor Pintar.
  • Selain itu, korang boleh menyemak paras bateri, status sambungan dan banyak lagi dengan hanya satu klik pada butang arahan suara. Korang juga boleh menggunakannya untuk berinteraksi dengan Siri atau Google Now dengan menekan butang panggilan.

Rocket Notebook Core Capsule Bundle

  • Korang tahu tak sesiapa yang ingin menulis nota-nota mereka dengan menggunakan tangan dan kemudian menyimpannya secara digital? Jika ya, Rocket Notebook Core Capsule Bundle ini sangat bagus untuk korang!
  • Ia adalah notebook pintar yang boleh diguna semula dengan pelindung yang bergaya dan mempunyai dok pena, poket di dalam dan slot kad yang banyak untuk penyimpanan yang mudah.

lightbulb-03 Pastikan korang menggunakan alamat gudang luar negara terdekat untuk mendapatkan penghantaran antarabangsa yang berpatutan. Dari sana, korang boleh menghantar penghantaran ke pintu rumah korang melalui perkhidmatan penghantaran kami, dengan hanya RM18 satu pound!