Tips Beli-belah Buyandship: Panduan Berat & Saiz

Salah satu kelebihan utama menggunakan Buyandship ialah harga kami. Kebanyakan servis penghantaran antarabangsa mengenakan caj menggunakan berat volumetrik, yang boleh menyebabkan harga penghantaran menjadi agak mahal. Di Buyandship, kami mengecaj korang berdasarkan berat sebenar bungkusan korang dalam pound (lbs).

Sambung Bacaan

Tips Beli-belah Buyandship: Alternatif untuk Pakaian & Suplemen Atlet

Mengekalkan kesihatan diri ialah sesuatu yang tidak mudah untuk kita semua lakukan, malahan ada juga di antara korang yang masih melalui pelbagai halangan dan kesukaran, sama ada melalui latihan, mengekalkan diet yang seimbang atau menyokong sistem imun korang dengan suplemen yang betul. Ramai yang menganggap bahawa melengkapkan diri dengan pakaian dan nutrisi yang tepat untuk memulakan gaya hidup sihat korang ialah pelaburan yang agak besar. Hal ini tidak dapat dinafikan terutamanya kalau korang membeli barangan import seperti peralatan sukan, pakaian aktif dan suplemen di Malaysia.

Sambung Bacaan

Tip Beli-belah Buyandship: Alternatif Membeli-belah untuk Sneakers

Sneakers wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz, sesuai untuk pelbagai jenis penggunaan dan personaliti. Harganya juga sudah tentu sekali berbeza-beza. Kadang-kadang ada baiknya membayar harga yang ditawarkan kedai retail tempatan, terutamanya untuk jenama terkemuka seperti Nike dan Adidas. Hal ini kerana harga mereka adalah setanding dengan harga yang ditawarkan di laman web AS. Tetapi ada juga masanya di mana mereka menjual sneakers tersebut dengan harga yang lebih mahal berbanding daripada membeli dari kedai di AS!

Sambung Bacaan

Tips Beli-belah Buyandship: Alternatif Membeli-belah untuk Jenama Mewah AS

Pernah tak korang singgah ke kedai jenama mewah, hanya untuk keluar beberapa minit kemudian? Tidak dapat dinafikan lagi bahawa harga pasaran bagi jenama alat solek mewah di Malaysia agak mahal. Walaupun jenama-jenama tersebut dianggap sebagai pasaran mewah di Amerika Syarikat, harga yang ditawarkan oleh mereka adalah lebih mampu milik berbanding daripada membelinya di negara kita. Kami sering sekali menggalakkan korang membuat perbandingan harga barang apabila sedang membeli belah di kedai-kedai tempatan tidak kiralah kedai fizikal atau online.

Sambung Bacaan

Tips Beli-belah Buyandship: Alternatif Membeli-belah untuk Jenama K-Beauty

Memanggil semua peminat tegar kecantikan dan penjagaan kulit! Korang pasti tak nak terlepas Tips Membeli-belah yang ini! K-Beauty telah menjadi semakin popular sejak beberapa tahun ini, lebih-lebih lagi dengan kemunculan jenama-jenama ternama Korea Selatan yang semakin rancak meresap ke pasaran global. Ke mana-mana jua korang pergi, korang memang akan menemui pelbagai jenama kecantikan Korea di Malaysia, yang semakin merais populariti dan mendapat tempat di hati rakyat negara ini seiring dengan gelombang-K atau Hallyu.

Sambung Bacaan

Perbandingan Harga: Membeli-belah di Amazon dan eBay

Amazon AS dan eBay AS ialah dua platform e-dagang yang popular dalam kalangan ahli kami dan ianya atas alasan yang sangat baik! Ia adalah tempat yang mudah untuk mencari semua jenis produk dan jenama, sama ada ia adalah keluaran baru atau jualan murah. TETAPI, korang tahu tak Amazon AS dan eBay AS mempunyai laman web tempatan lain yang mengandungi jenama dan item yang berbeza? Harga pun lain tahu!

Sambung Bacaan