Polisi Insurans Hantaran

BuyandShip memberi anda lebih pelindungan!

Pelrindungan Insurans Asas untuk SEMUA Hantaran

Perlindung Insurans Asas jika hantaran yang hilang atau rosak berlaku untuk semua hantaran tanpa caj tambahan.

Perlindungan yang Dipertingkatkan untuk Hantaran yang Hilang

Dengan bayaran tambahan sebanyak 3% daripada nilai hantaran yang diisytiharkan, anda akan menerima perlindungan dipertingkatkan untuk kehilangan sehingga USD$ 1,000 (atau jumlah yang sama dalam mata wang asing)

Proses Tuntutan Effisyen

Apabila tuntutan pemberitahuan kerosakan atau kerugian diluluskan, pembayaran akan diproses dalam tempoh masa 7 hari bekerja.


Pelan Insurans Hantaran Asas

1. Perlindungan insurans hantaran percuma

  • Semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami layak untuk dilindungi oleh pelan insurans hantaran asas

2. Hantaran yang Hilang

  • Setiap pakej dianggap sebagai unit berasingan (masing-masing dengan satu nombor penjejakan)
  • Hanya sah jika kesemua hantaran telah hilang.
  • Insurans tidak sah jika kehilangan adalah hanya sebahagian daripada hantaran
  • Hantaran adalah tidak layak untuk perlindungan pelan insurans jika gagal untuk memberikan maklumat sebenar, tepat dan lengkap
  • Resit pembelian perlu disediakan untuk mengesahkan kuantiti dan nilai sebenar hantaran
  • Perlindungan bagi setiap hantaran adalah sehingga USD$ 100 (atau jumlah yang sama dalam mata wang asing)
  • Pampasan akan dilangsaikan dalam RM pada kadar pertukaran US $ 1 = RM3.80 (atau jumlah yang sama dalam mata wang asing)

3. Hantaran yang Rosak

  • Sekiranya hantaran adalah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan betul, pampasan akan dikira berdasarkan tahap kerosakan, sehingga 30% dari yuran penghantaran
  • Kebocoran cecair adalah tidak layak untuk pelan insurans
  • Barangan rapuh (seperti kaca seramik, LCD, buku-buku dan kertas) adalah tidak layak untuk pelan insurans

Pelan Pakej Insurance Dipertingkatkan

1. Yuran Insurans

  • Yuran insurans adalah sama dengan 3% daripada nilai pakej yang diisytiharkan
  • Setiap pakej dianggap sebagai unit berasingan (masing-masing dengan satu nombor penjejakan)
  • Yuran maxima insurans untuk setiap hantaran adalah USD$30
  • Yuran insurans akan dicaj dengan yuran penghantaran
  • Jika nilai hantaran adalah di bawah USD$ 100, tiada yuran insurans tambahan akan dikenakan.

2. Hantaran yang Hilang

  • Setiap pakej dianggap sebagai unit berasingan (masing-masing dengan satu nombor penjejakan)
  • Hanya sah jika keseluruhan hantaran telah hilang.
  • Insurans tidak sah jika kehilangan adalah hanya sebahagian daripada hantaran
  • Hantaran adalah tidak layak untuk perlindungan pelan insurans jika gagal untuk memberikan maklumat sebenar, tepat dan lengkap
  • Resit pembelian perlu disediakan untuk mengesahkan kuantiti dan nilai sebenar hantaran
  • Perlindungan bagi setiap hantaran adalah sehingga USD$ 1000 (atau jumlah yang sama dalam mata wang asing)

    3. Hantaran yang Rosak

    • Insurans Perlindungan Dipertingkatkan adalah tidak layak untuk hantaran yang rosak

  • Insurans Hantaran Buyandship Tidak Melindungi

    • Penghantaran yang tidak mempunyai perisytiharan hantaran, laporan palsu atau tidak dapat memberikan nombor jejakan
    • Penghantaran yang menunjukkan notis penerimaan palsu atau maklumat sebelum pengisytiharaan, tiada maklumat inbound atau penghantaran salah daripada penjual
    • Laman web yang disyaki atau tidak dapat menghubungi penjual
    • Tiada perakuan penghantaran dari syarikat penghantaran yang mengesahkan bahawa pakej telah dihantar ke gudang luar negeri kami
    • Sebarang kerosakan / kerugian disebabkan oleh perubahan suhu atau kelembapan
    • Barang-barang berbahaya dan barang-barang yang dilarang(klik di sini untuk maklumat lanjut)
    • Penghantar asal telah menghilangkan hantaran semasa penghantaran atau dokumen palsu disediakan oleh penghantar
    • Hantaran sudah mempunyai kualiti yang kurang baik atau kuantiti tidak betul sebelum sampai ke gudang luar negeri kami
    • Barangan rapuh (seperti kaca seramik, LCD, buku-buku dan kertas) tidak layak untuk mendapatkan pampasan kerosakan
    • Kerosakan yang disebabkan oleh cara pembungkusan yang tidak betul atau kekurangan perlindungan yang sesuai untuk hantaran
    • Pampasan kerosakan adalah tidak sah jika pembungkusan masih utuh
    • Pampasan kerosakan adalah tidak sah jika pembungkusan luar rosak tanpa kerosakan terhadap produk itu sendiri
    • Kami tidak akan menerima apa-apa bentuk pampasan kerosakan untuk hantaran pembungkusan kotak bukan kadbod atau kotak kayu
    • Telah tamat jangka hayat dan tempoh jaminan dan faktor-faktor lain yang tidak dapat dielakkan kerana pelepasan kastam
    • Kerosakan atau kerugian disebabkan oleh bencana alam, kecacatan sifat dan disebabkan naik atau turun harga pasaran
    • Kerosakan / Kerugian akibat cuaca buruk, kilat, tsunami, gempa bumi, banjir dan bencana alam semasa pengangkutan
    • Kerosakan / Kerugian sekiranya berlaku kemalangan di udara, serangan musuh awam, pemberontakan, mogok atau pertikaian serantau yang lain, kekacauan awam atau perang dalam transit
    • Kerosakan / Kerugian disebabkan oleh mana-mana kastam, kecuaian syarikat penerbangan, lapangan terbang atau pegawai kerajaan, seperti pulangan kastam, kelewatan penerbangan, dan lain-lain

    Langkah berjaga-jaga Untuk Menerima Hantaran

    • Semak hantaran untuk memastikan yang bungkusan adalah dalam keadaan baik atau perbezaan dalam berat hantaran.
    • Tidak kiralah jika kerosakan kepada bungkusan luaran adalah ketara atau tidak, penyemakan hantaran adalah perlu sebelum menandatangani dokumen dari kurier.
    • Selepas hantaran itu didapati rosak, sila sediakan resit pembelian, gambar bungkusan luar, gambar dan butir-butir yang produk yang rosak dan maklumat lain; dan maklumkan kepada kami untuk memulakan proses menuntut pampasan
    • Jika hantaran didapati rosak, anda If the package is found damaged, anda berhak tidak menandatangani mana-mana dokumen dari kurier dan mengambil gambar hantaran dengan segera

    Prosedur Tuntutan Pampasan

    • Sila sediakan dokumen-dokumen berikut untuk menuntut pampasan: Sijil pembelian (termasuk nilai sebenar dan kuantiti pakej), e-mel pemberitahuan penghantaran dari penjual, gambar butiran kerosakan (termasuk pembungkusan luar dan produk) dan cara untuk menghubungi penjual
    • Sila emelkan dokumen-dokumen di atas ke support@buyandship.com.my dengan subjek email “Username+Nombor Order+Pampasan”
    • Kami tidak akan menerima permintaan tuntutan jika dokumen penyerahan tidak selesai, atau kami tidak dapat menghubungi penjual untuk mengesahkan butiran
    • Kami akan bertindak balas dalam masa 7 hari selepas semua dokumen yang diperlukan telah diterima
    • Tuntutan pampasan tidak akan diterima selepas 3 hari dari penerimaan hantaran
    • Tiada tuntutan pampasan akan diterima jika pakej tidak dituntut lebih daripada 30 hari selepas ketibaannya ke gudang tempatan
    • Bayaran pampasan akan dimaklumkan melalui e-mel setelah tuntutan selesai