Tutorial

s1

Daftar sebagai ahli untuk mendapatkan alamat gudang luar negara BuyandShip!

  • Daftar terlebih dahulu sebelum mula membeli-belah. (Klik “di sini”)
  • Setelah mendaftar, anda akan diberi akses kepada alamat-alamat gudang luar negara BuyandShip dan ID keahlian anda.
  • laman Facebook BuyandShip Malaysia untuk mendapatkan informasi tentang tawaran-tawaran terkini.

s1

Mula Shopping!

  • Sila rujuk di Pusat Ahli > Alamat Gudang Luar Negara untuk mendapatkan alamat gudang luar negara BuyandShip.
  • Isi alamat gudang luar negara BuyandShip dalam maklumat penghantaran anda, nama penuh anda dan juga ID Keahlian semasa Semak Keluar ataupun checkout.
  • Anda boleh isi alamat kad kredit anda sendiri ataupun gunakan alamat gudang luar negara BuyandShip untuk alamat pembayaran di checkout.

s1

Isytihar Bungkusan Anda

  • Setelah menerima nombor jejakkan (tracking number) dan maklumat penghantaran dari laman pembelian pilihan anda, anda perlu mengisytiharkan (declare) penghantaran anda di laman web Buyandship.
  • Isikan nombor jejakkan dan maklumat lain yang diperlukan di tab Pengurusan Hantaran: Deklarasi, Penjejakan dan Penghantaran Pukal dan klik pada butang “Click here to add a new shipment”.
  • Sila isytiharkan penhantaran sebelum ia tiba di gudang luar negara BuyandShip. Kegagalan mengisytihar bungkusan akan menyebabkan kegagalan penghantaran bungkusan anda ke Gudang Hong Kong.

s1

Kaedah Pembayaran

  • Hantaran anda akan dihantar ke Gudang di Hong Kong sebelum dihantar ke Malaysia.
  • Apabila hantaran sampai di Gudang Hong Kong, BuyandShip akan memaklum anda melalui Emel.
  • Sila hubungi BuyandShip jika status penghantaran anda belum lagi bertukar walaupun sudah 48 jam sampai di Gudang Hong Kong.
  • Caj penghantaran akan dikira melalui jumlah berat sebenar penghantaran yang kami terima.
  • Apabila anda bersedia untuk menerima hantaran anda, anda akan boleh menyatukan semua hantaran dalam satu penghantaran untuk dihantar ke alamat anda di Malaysia.
  • Apabila menyatukan hantaran kepada satu penghantaran, bungkusan mungkin dibalut semula tanpa sebarang caj tambahan.
  • Anda boleh memilih kaedah pembayaran melalui Mata Ganjaran BuyandShip/ Kad Kredit atau Kad Debit.
  • Caj penghantaran harus dilangsaikan sebelum hantaran keluar dari pusat pengagihan di Hong Kong. Jika tidak, hantaran tidak akan dihantar.

s1

Masa Penghantaran

  • Masa jangkaan penghantaran ke gudang Hong Kong: US & UK dalam masa 4-6 hari bekerja / Jepun, Korea, Taiwan dan China dalam masa 2-4 hari bekerja.
  • Kami akan menghantar hantaran anda dalam masa 1-2 hari dari tarikh penerimaan permintaan “Penyatuan Penghantaran” anda dan bayaran.
  • Penghantaran ke alamat rumah anda akan mengambil masa kira-kira 3-4 hari bekerja, tetapi jika dikenakan pemeriksaan kastam, masa pengiriman mungkin akan tertunda.


Masa Tamat Penghantaran

  • Bungkusan yang sampai di Gudang Luar Negara kami akan dihantar keluar secepat mungkin.
  • Status penghantaran akan ditukar kepada ‘Semak Keluar/Check Out’ apabila bungkusan anda sudah disahkan untuk penghantaran ke Gudang Hong Kong.
  • Masa ketibaan mungkin tergendala semasa cuti umum antarabangsa.
  • Tarikh Penghantaran adalah seperti berikut: 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu MYT
    • Gudang US : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu waktu, Malaysia
    • Gudang UK : 2 kali seminggu, setiap Selasa dan Jumaat waktu, Malaysia
    • Gudang Japan : 5 kali seminggu, setiap Selasa hingga Sabtu, waktu Malaysia
    • Gudang Korea : 5 kali seminggu, setiap Isnin hingga Jumaat, waktu Malaysia
    • Gudang Taiwan : 2 kali seminggu, setiap Selasa dan Jumaat, waktu Malaysia